++ Suntikan Semangat! ++

Saturday, June 25, 2011

:: Cinta & Coklat ::

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak menjiwang-jiwangkan diri aku sikit... Kita cakap pasal CINTA nak? Jommm!

Apa kaitan CINTA dengan COKLAT? Memang tak ada kaitan. CINTA tu menyakitkan dan COKLAT pulak menyedapkan. Tapi... bukan semua CINTA menyakitkan. Ada jugak CINTA yang membahagiakan, macam mana COKLAT membahagiakan orang yang memakan, mengunyah dan menelannya. Perghhh... memang sedap! Lagi2 coklat cadburry. Memang tak tolaklah! Bagi fererro rocher pun, aku terima... ngeeeee~






Nak tau apa kaitan CINTA dengan COKLAT?

1 - Aku pergi ke sebuah kedai. Aku nampak ada coklat tuuu... cantik sangattt... Ukiran dia memang lawa sangat. Aku tengok sampai bulat biji mata. Aku pun ambik coklat tu dan bawak pergi kat kaunter. Aku keluarkan duit untuk bayar harga coklat tu. Sampai kat rumah, aku pun tenung coklat tu. Makin aku tenung, makin aku sayang nak makan coklat tu. Kalau aku makan, mesti ukiran dia akan rosak. Mesti coklat tu dah tak cantik lagi. So aku pun buat keputusan tak nak makan coklat tu. Aku sayang... sayang takut coklat tu rosak. Aku tak sampai hati. Jadi aku pun simpan ajelah. Biar aku tak makan, asal aku boleh tengok coklat tu terus cantik.

-----> Aku sayangkan seseorang tu. Setiap kali pandang dia, aku rasa hati aku tenang. Aku tak sanggup tengok dia sedih atau terluka... Tapi bila dia melamar aku, aku terpaksa tolak dia. Aku tak tahu kenapa. Aku sayang dia, tapi aku tak berniat untuk memiliki dia. Biarlah aku hanya sayang dia tanpa memiliki dia sebab dia lebih berhak dapat yang lebih baik daripada aku...

2 - Aku pergi ke sebuah kedai. Aku nampak ada coklat tuuu... cantik sangattt... Ukiran dia memang lawa sangat. Aku tengok sampai bulat biji mata. Aku pun ambik coklat tu dan bawak pergi kat kaunter. Aku keluarkan duit untuk bayar harga coklat tu. Sampai kat rumah, aku terus buka balutan coklat tu dan makan. Rasa dia... sedap sangat!! Tak menyesal aku beli coklat tu. Walaupun harga dia mahal, aku puas hati sebab dapat makan coklat yang sangat-sangat sedap rasanya.

-----> Aku sayangkan seseorang tu. Setiap kali pandang dia, aku rasa hati aku tenang. Aku tak sanggup tengok dia sedih atau terluka... Dan bila dia melamar aku, aku terima. Aku terima sebab aku terlalu sayangkan dia dan aku berharap aku dapat memiliki dia. Aku nak bahagiakan dia sampai akhir hayat aku.

3 - Aku pergi ke sebuah kedai. Aku nampak ada coklat tuu... cantik sangattt... Ukiran dia memang lawa sangat. Aku tengok sampai bulat biji mata. Aku pun ambik coklat tu dan bawak pergi kat kaunter. Aku keluarkan duit untuk bayar harga coklat tu. Tapi... duit aku tak cukup. Harga coklat tu mahal sangat. Tiba2 ada orang lain datang dan beli coklat tu. Aku tengok aje orang tu ambik coklat dan bawak balik. Aku sedih... sedih sangattt...

-----> Aku sayangkan seseorang tu. Tapi aku dan dia tak mungkin bersatu. Aku dan dia tak ditakdirkan untuk bersama. Dia bukan jodoh aku. Aku reda... Aku hanya mampu tengok dia bahagia menjadi milik orang lain...

4 - Aku pergi ke sebuah kedai. Aku nampak ada coklat tuu... cantik sangattt... Ukiran dia memang lawa sangat. Aku tengok sampai bulat biji mata. Masa aku nak ambik coklat tu, tiba2 je ada orang lain dah ambik dulu. Aku tak sempat tahan. Orang tu dah bawak coklat tu pergi kaunter dan bayar harga coklat tu. Aku sedih... sedih sebab tak sempat nak beli coklat tu dulu... sedih sangattt...

-----> Aku sayangkan seseorang tu. Selama ni aku hanya jadi pemerhati dia dari jauh. Bila aku mula nak bertindak untuk dapatkan dia, aku dapat tahu yang dia dah jadi milik orang lain. Dia dah berpunya. Aku sedih... tapi tak mampu nak buat apa-apa. Aku hanya mampu tengok dia bahagia dengan insan lain dari jauh...

Okey, sekarang dapat tak kaitkan kewujudan CINTA dengan COKLAT? Kalau korang rasa CINTA dan COKLAT memang ada kaitan, korang rasa korang dalam situasi nombor berapa? Aku... aku... aku... tettttttt... *siaran terganggu seketika*...hahhaha...

rujukan : novel Soalnya Hati karya Nurul Syahida

~end

4 comments:

buldalc khecek2! said...

coklat sedap d makan! mmm.,,, ad lolilat x?? mmm,, ehehhe

[AYUMI AFIQAH] said...

haha... lolilat blum lg...tnggu ek...hehe :)

[AYUMI AFIQAH] said...

haha... lolilat blum lg...tnggu ek...hehe :)

buldalc khecek2! said...

okeh! setia menunggu!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...