++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, May 5, 2011

# Sains @ TESL ?? #

Assalamualaikum...

Tentu korang2 semua yang sebaya dengan aku tengah berdebar tunggu keputusan UPU kan? Yang dapat tu tahniah aku ucapkan. Yang tak dapat jangan sedih2. Ada banyak lagi peluang lain yang menunggu. Okey, sekarang aku betul-betul dalam dilema. Baru-baru ni dapat tawaran pergi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam jurusan sains... dan baru tadi pulak dapat asasi TESL di UiTM. Kalau korang jadi aku, mana satu pilihan korang? Sains ke TESL??

Jujur aku cakap, aku memang nak sangat pergi Matrik. Aku nak belajar Sains. Aku nak kejar cita-cita aku nak jadi pharmacist. Tapi dalam masa yang sama aku takut tak boleh nak carry bila belajar Sains. Mak aku pulak lebih prefer TESL. Alasannya, sebab dia tak mahu aku berat otak kalau belajar Sains. Okey... aku tahu aku ni cepat diserang sakit kepala. Bila aku tension, atau terlalu beban fikiran, automatik migrain akan menyerang. Sebab tu lah aku takut. Tapi, nak seribu daya kan?

Prinsip hidup aku, kalau nak sesuatu tu mesti buat sesungguh hati. So, sekarang keputusan aku lebih memihak pada Sains. Kalau ada sesiapa terbaca entri ni, tolong bagi pendapat k...

~end

4 comments:

nani ghazali said...

kalo hati ummi lebih kpd sains,
oergi aje la...
kalo ummi mmpu pegi,knp tdak kn..
btw,hndak seribu daya x,x hndak seribu dalih..
whatever it is,gudluck.. :)

emo_cubby said...

wahhh...ure exactly like me!!!!sy pom dpt mtrik n tesl...plus i also want 2 b a phrmacist....tp ble pk2....myb da tkdir sy 2 go for tesl kot....skg tgh cuba utk mbjinakkan otak utk mnjadi lecturer bi....insyaallah....lau xpasti...bt la solat istikharah k....

[AYUMI AFIQAH] said...

nani : yup btol2... thanksss :)

emo_chubby : ye ke? thniah utk kite brdua... thanks bg pndpt :)

EngkuNoni EngkuAlam said...

matrik ummi..pluang farmasi lebih cerah... :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...