++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, April 19, 2011

:: Tangisan dan Air Mata ::


Sebagai manusia biasa, kita tak boleh lari dari perasaan sedih. Samalah macam aku. Walaupun aku katakan yang aku dah berubah, tapi satu 'tabiat' aku yang masih sama macam dulu. Aku seorang yang mudah mengalirkan air mata. Air mata aku akan menitis dengan mudahnya setiap kali ;

1. Sedih
... Setiap kali aku ada masalah, atau pun lalui sesuatu yang sukar, aku akan menangis. Bukanlah bermaksud aku ni cengeng, ataupun manja... tapi tu dah memang cara aku. Bila aku rasa aku tak mampu nak buat sesuatu tu, aku akan nangis. Sekurang-kurangnya dengan cara tu, aku boleh redakan perasaan aku. Aku boleh lepaskan semuanya dalam tangisan. Lepas menangis, aku akan rasa lega. Memanglah menangis takkan boleh selesaikan masalah, tapi menangis boleh aku untuk lepaskan semua beban yang aku tanggung dalam hati. Bila aku menangis, seolah-olah beban tu keluar sekali bersama air mata aku ...

2. Bersyukur
... Aku suka menulis. Minat aku dalam penulisan tumbuh masa aku darjah 6 lagi. Tapi masa tu aku menulis sekadar untuk suka-suka. Langsung tak terlintas untuk menjadi seorang penulis. Tapi bila naik sekolah menengah, aku mula kongsi minat aku dengan kawan-kawan sekelas. Dan alhamdulillah... diorang semua terima karya aku dengan hati terbuka. Tapi diorang semua tak tau... betapa gembiranya aku setiap kali aku dengar diorang puji karya-karya aku. Setiap kali pujian tu keluar dari mulut diorang, aku rasa hasil penulisan aku dihargai. Kegembiraan tu tak dapat nak diceritakan dalam kata-kata. Hanya ALLAH yang tahu. Aku bersyukur... bersyukur sebab ALLAH beri bakat menulis pada aku, yang mungkin tak ada pada kawan-kawan aku yang lain. Dan setiap kali aku baca komen-komen yang positif daripada pembaca kat Penulisan2u... setiap kali tulah aku rasa nak menangis. Aku betul-betul bersyukur. Terima kasih ya ALLAH kerana kurniakan aku nikmat ni ...

3. Baca novel
... Bila aku baca novel, semestinya aku sukakan sesuatu yang happy. Tapi dalam setiap novel yang aku baca, wajib ada konflik yang biasanya mengundang air mata si watak dalam novel tu. Setiap kali watak tu menangis, setiap kali tulah aku akan rasa nak menangis. Syabas kepada semua penulis! Sebab berjaya buat aku mengalirkan air mata tiap kali sampai babak sedih, terutamanya perpisahan antara hero dan heroin... hehe ...

4. Dengar lagu
... Antara aku yang selalu buat aku menangis ialah lagu Aku Cinta ALLAH nyanyian Wali Band. Memang betul-betul menyentuh perasaan. Semua lagu yang aku dengar, kalau 'kena' dengan diri aku, mesti aku akan menangis ...

5. Tengok cerita
... Kalau cerita tu sedih, automatik aku akan menangis. Air mata ni keluar dengan sendirinya. Kadang-kadang aku tak sedar. Tiba-tiba je air mata dah keluar. Lepas tu mulalah kelam-kabut dan lap air mata tu. Takut nanti orang lain nampak. hehe ...

6. Teringat
... Teringatlah apa saja. Kalau perkara tu adalah kenangan manis dalam hidup aku, dan aku terlalu rindukan kenangan tu... air mata ni tak payah diundang pun. Dengan sendirinya dia mengalir keluar. huhu ...

Bagi aku tak salah menangis. Tapi kenapa tiap kali perempuan menangis, orang lelaki akan kata yang perempuan ni "manja?". Aku sangat-sangat tak setuju. Macamlah lelaki tak pernah menangis. Cuma tu lah... EGO je lebih! Sape setuju angkat tangan! hehehe...

"wanita dengan air mata bukan untuk meminta simpati... sekadar melepaskan rasa hati..."

kan?

~end

5 comments:

EngkuNoni EngkuAlam said...

setuju setuju ! --> sambil angkat tangan..bhaha..poyo je lelaki2 tu sume..

[AYUMI AFIQAH] said...

yup...*dndam ngn lelaki ni..haha :)

EngkuNoni EngkuAlam said...

dendam terus..bhaha..sakit aty sakit aty.. :)

mysarah mustafa said...

setuju!aish,aku pelik ar bbpe aku ngan mu cam bnyop je prsamaan??hihi

[AYUMI AFIQAH] said...

engku : mmg sakit aty :)
sarah : aiseh! yeke?? hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...