++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, March 31, 2011

:: Kenangan ::

KENANGAN.....

Pasti akan dikenang seumur hidup. Tak kira kenangan pahit atau manis, kenangan itu tetap tersimpan kemas di sudut hati. Aku pun ada kenangan. Dan kenangan yang teramat manis bagi aku, yang tak akan aku lupa sampai bila-bila, ialah kenangan sewaktu aku masih bergelar 'budak sekolah', terutamanya ketika berada di sekolah menengah. Di sekolah itulah, aku belajar kenal erti hidup. Aku juga dapat kenal erti persahabatan. Selama lima tahun bersekolah di sekolah menengah, tahun 2010 lah yang paling meninggalkan kesan bagi aku.

2010 merapatkan aku dengan rakan-rakan sekelas. Secara jujur, aku akui yang aku merupakan antara pelajar yang pendiam dalam kelas. Sampaikan dapat gelaran 'sopan' dari Cikgu Baharum (cikgu Sejarah masa tingkatan 4).. hehehe... Tapi bagi aku, aku taklah 'sesopan' mana. Kalau orang kenal aku secara dekat, baru diorang tahu siapa aku ni sebenarnya. Kalau kena gayanya, aku adalah antara yang 'gila' dalam ramai-ramai. hehehe...

Banyak kenangan yang tercipta dalam kelas 5Science1. Aku ingat lagi, setiap kali tiba waktu BM, semua pakat pergi tandas ramai-ramai. Cikgu Masitah pula jenis yang sporting. Dia faham sangat, sampai je waktu BM yang biasanya start pukul 12.30, semua student dah 'lembik'. Yalah... dah seharian duduk dalam kelas, belajar, belajar, belajar... mestilah nak ambik nafas balik. Tap, cikgu tak tahu pun yang kitorang semua ni sengaja nak ambik peluang sebab tak nak belajar BM! hahahaha... Jahat kan? hihihi...

Waktu BI pulak, ramai yang ambik kesempatan untuk 'terbang melayang ke alam lain' atau dalam erti kata lain, BERKHAYAL! Tak kurang jugak yang terus 'buat peta'! hahaha... Kesian betul kat Teacher Maziah. Aku suka Teacher Maziah, sebab dia very nice teacher. Tapi, ke'nice'an tu lah yang menyebabkan ramai student yang ambik kesempatan, termasuk aku. Pernah sekali masa kelas tambahan waktu petang (pukul 2 lebih), aku tak larat sangat. Jadi aku pun tidur dari mula kelas, sampailah habis pukul 4. Sedar-sedar je kelas dah habis, itu pun kawan aku yang kejutkan. hahhaha... Memang sangat-sangat tak patut! Kesian teacher... huhuhu...

Masuk je kelas Sejarah, semua dah mula kecut perut. Cikgu Zaleha memang terkenal dengan ketegasannya dalam kelas. Nak kata garang tu tak adalah sangat, cuma dia selalu 'paksa' kitorang semua hafal semua fakta yang ada dalam buku teks Sejarah. Kadang tu, kena bercakap kat depan kelas. Kalau tak ingat, 'cubitan berbisa' lah yang jadi 'ganjaran'nya. fuhhh.... Sampai kadang-kadang, aku berharap sangat-sangat yang cikgu tak masuk kelas. hahaha... Tapi, HARUS DIINGAT! Kerana 'paksaan' Cikgu Zaleha lah, aku dapat A dalam Sejarah. hehehe...

Untuk kelas Math, kitorang selalu merungut kalau ada homework. Cikgu Zurami pulak memang suka sangat bagi homework. Lagi kitorang merungut, lagi dia tambah homework tu. hahaha... Tapi dalam ramai-ramai cikgu yang mengajar kelas aku, Cikgu Zurami lah yang paling prihatin dan memahami jiwa students dia. Teringat masa aku luahkan perasaan pada dia. sob..sob... Terharu sesangat...

Masuk je kelas PAI, kelas terus riuh... Terutamanya bila belajar bab kahwin. Kitorang memang bagi 100% perhatianlah! Macam-macam soalan tanya kat Ustazah Rosni, sampai ustazah selalu bagi 'jelingan maut'! hahaha... Tapi bila masuk bab hafazan, mulalah semua macam dah tak ada mood. Itu belum lagi masuk bab tokoh. Kitorang semua dah macam tak nak buka mata dah. hehehe... Apapun, Ustazah Rosni memang ustazah paling sporting di dunia!!

Kalau kelas Math selalu ada homework, kelas Add Math lebih-lebihlah lagi! Sir Tan kalau dah mengajar, memang tak ingat dunia. Masa dah habis pun nak mengajar lagi. Yang jadikan kelas Add Math ni gamat, sebab Sir Tan selalu susah nak sebut nama orang. Nama aku Ummi Syafiqah, selalu jadi Ummi Kalsom. Itu okey lagi, tapi kalau dah nama Maisarah jadi Warakah, nama Kaza jadi Zaka, nama Akmal jadi Mo, nama Maizatul jadi Miazatul, mana tak kecoh satu kelas! Sampaikan pecah perut jadinya... huhuhu...

Kelas Bio pula, selalunya tak membosankan sebab Teacher Pah suka buat lawak. Muka serius, tapi setiap yang keluar dari mulut dia tu selalu buat kitorang ketawa tak kering gusi. Sebab tu lah bila dia pergi buat haji SPM dah makin hampir, kitorang semua rasa sedih sangat. Tak ada cikgu Bio, dan yang penting, tak ada guru kelas nak urus semua hal-hal berkaitan kelas. Sedih juga masa hari 'restu guru', students yang lain dapat salam dengan guru kelas masing-masing, kitorang semua tengok je... sedih... huhuhu...

Cikgu Fazila pulak mengajar Kimia. Kimia lah antara subject favourite aku. Tiba kelas Kimia, memang aku akan tumpu sepenuh perhatian. Tapi kalau time tak ada mood, memang dah 'terbang' sampai ke Jepun. Cikgu mengajar pun memang dah tak sedar apa-apa... hehehe...

Fizik! Subjek yang paling paling paling aku tak minat. Aku anti-Fizik! hahaha... Sebab tu bila tiba je kelas Fizik, aku antara student yang akan letak lengan atas meja, dan letak kepala aku atas lengan tu sebelum mata terpejam rapat-rapat. Tidur! hahaha... Cikgu pula relaks je... lagi best aku dan kawan-kawan lain buat tahi mata. hihihi...

Sampai kelas EST, kitorang semua jadi patung. Rindu pula nak dengar soalan "Class, are you okay?" dari Teacher Rahimah. Teacher ni cepat betul tangkap kalau kitorang semua tak ada mood nak belajar atau mengantuk. Bila nampak semua mata dah layu, dia akan stop mengajar dan buka cerita pasal apa saja untuk buat kitorang ceria balik. Bila dah hilang mengantuk, baru dia akan terus mengajar. Bagus kan? Sayaaaaaaannnngggg teacher! hehheehe...

Tiba waktu rehat pulak, semua dah gelisah. Tengok jam tak henti-henti. Ada jugak cikgu yang masih mengajar walaupun waktu rehat dah sampai. Jadi keluarlah suara-suara sumbang yang bertanya "Eh, dah pukul berapa ni?".. konon nak bagi 'amaran' pada cikgu supaya berhenti mengajar. hahaha... Jahat sungguh!

Habis exam, kitorang semua pergi bercuti di Anggulia Beach Resort kat Marang. Dua hari satu malam kat sana cukup meninggalkan kenangan yang PALING MANIS dalam hidup aku. Waktu nilah, aku dapat rasakan ikatan kekeluargaan antara kami semua. Walaupun tanpa ditemani guru-guru (kecuali Cikgu Masitah yang datang masa BBQ), aku rasa HAPPY SANGAT-SANGAT! Aku sayang diorang semua!!

Itulah KENANGAN yang amat-amat tak dapat dilupakan dalam hidup. Aku rindu... rindu suasana kecoh terutamanya dalam kelas BM, PAI, Bio dan Add Math... Tapi, masa yang dah berlalu tak mungkin dapat diputar semula. Aku sangat terhutang budi pada semua guru yang mengajar aku.. Dan jasa mereka akan aku ingat sampai bila-bila...

~end

>>> hargailah apa yang ada di depan mata sekarang kerana apabila ia telah berlalu, amat mustahil untuk kita mendapatnya kembali <<<

6 comments:

ninie darnes said...

wah ! ummi..rindu nk pergi skul..nk bljr same2..nk stdy same2..nk mkn same2...um,,rindu sgt...<3

[AYUMI AFIQAH] said...

yup... mmg rndu... trutama time blaja lam kls..huhuuhu..

EngkuNoni EngkuAlam said...

alamak ! sweet ah time kite jd 'budak skola' op? mse tu rase cm bdk2 ag..ni nk melangkah ke alam umah tgga da..ehh silap..nk melangkah ke alam dewasa da..bhehe..rindu serindu rindunya..adehh !

[AYUMI AFIQAH] said...

hahaha...yup2... skg dh bkn bdak2 lg...da lyak jd mak bdak kot...hhehehe =))

mysarah mustafa said...

errmm,ummi mengingatkn aku ohh,indahnye knangan ngan bebudop science 1 2010/2011

[AYUMI AFIQAH] said...

tersangattttt indah kan....huhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...