++ Suntikan Semangat! ++

Wednesday, February 16, 2011

:: masihkah ada harapan? ::

....................

Dia akui, hidupnya tidak bererti tanpa lelaki itu. Kerana lelaki itulah yang banyak membantu memberikan semangat dalam hidupnya. Maka, salahkah dia jika terus mengharap? PUTUS CINTA. Sesuatu yang amat ditakuti oleh semua pasangan yang asyik bercinta. Tapi andai keasyikan itu tiada lagi, perlukah ditakuti lagi dengan hakikat yang bakal terjadi?

Dia tidak sanggup menerima kenyataan yang hubungan mereka kini sudah sampai di garisan terakhir. Jauh di sudut hati, dia terlalu mengharapkan semuanya kembali seperti sedia kala. Salahkan dia mengayam impian itu? Argh! Betapa susahnya memujuk hati agar melupakan lelaki itu. Dia benar-benar buntu kini.

Benarkah cinta pertama cinta yang agung? Jika benarlah ungkapan itu, kini dia merasai keagungan cinta itu kerana seteguh mana pun hati menidakkan cinta buat lelaki itu, rasa itu tetap menyapa hatinya, hingga membuahkan rasa rindu yang tidak terperi. Biarpun bibir tersenyum dan membiaskan tawa, dalam hati terselit duka. Duka kerana terlalu merindui lelaki itu.

Kini, hanya doa yang mengiringi setiap langkahnya. Hanya ALLAH yang benar-benar mengerti hatinya, hanya ALLAH yang terbaik untuk dia mengadu, hanya ALLAH yang terbaik untuk dia meluahkan segala-gala yang terpendam di hati. Dan, kepada ALLAH juga dia meminta pertolongan. Andai benar lelaki itu ditakdirkan untuknya, maka dia terlalu mengharapkan yang terbaik. Dengan kuasanya, insya-ALLAH... segala-galanya akan menjadi bertambah baik. Doakan dia...

....................

~to be continue

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...