++ Suntikan Semangat! ++

Monday, February 7, 2011

:: LELAKI ITU ::

....................

Dia tak pernah jatuh cinta. Tapi, sejak mengenali lelaki tu, dia dah mula rasa perasaan tu. Dia mula mengerti apa itu cinta. Dia mula belajar bagaimana mahu menyayangi. Dia mula faham apa itu rindu. Hidupnya dipenuhi bunga-bunga cinta yang harum mewangi. Dia menjadi insan yang lebih ceria, selalu tersenyum tak kira apa jua yang terjadi. Teman-temannya juga menegur perubahannya yang mendadak. Senyuman yang terukir di bibir amat manis dan ikhlas pada pandangan mata. Semuanya kerana lelaki itu...

Walaupun belum pasti lelaki itu adalah jodohnya, tapi dia tetap memberikan yang terbaik dalam hubungan mereka berdua. Segala masalah yang terjadi cuba diselesaikan dengan cara baik tanpa tercetus peperangan. Merajuk, marah, gaduh... semua itu sudah biasa berlaku dalam setiap perhubungan. Namun, dia tetap berusaha untuk mengelakkan peperangan. Dia tidak mahu ikatan percintaan itu terputus begitu sahaja. Biarpun memakan tahun, dia berjanji untuk terus setia pada lelaki itu...

Tapi, ternyata semuanya tidak indah seperti yang dibayangkan. Di saat hatinya sudah diserahkan sepenuhnya untuk lelaki itu, dia dikecewakan. Sikap lelaki itu membuat dia makan hati. Dia cuba mengalah. Dia meminta maaf jika ada salah dan silap yang tidak disedarinya. Tetapi lelaki itu tetap begitu. Dia masih berusaha untuk membuat hubungan itu pulih seperti sedia kala, seperti di awal percintaan. Namun, makin dia mencuba, lelaki itu makin jauh. Dia tidak tahu apakah salahnya. Lelaki itu semakin jauh dan terus jauh. Dia amat merindui lelaki itu...

Lantas, apa yang perlu dilakukan? Adakah putus jalan terbaik? Biarpun hatinya sendiri remuk redam, dia tetap mempertahankan cintanya buat lelaki itu. Dia tidak mahu yang lain. Hanya lelaki itu yang dia mahu. Entah kenapa, dia merasakan hubungan dia dan lelaki itu telah sampai ke titik noktah. Tapi bukan itu yang dia mahukan. Dia mahukan lelaki itu kembali dalam hidupnya seperti dulu. Tapi, kenapa lelaki itu terus menyepi? Salah apa dia pada lelaki itu...

Kini dia hampir putus asa. Mungkin inilah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Walau hati tidak merelakan, dia tidak mampu lagi untuk meneruskannya. Andai jodoh mereka ada, dia memohon pada ALLAH supaya menyatukan hati mereka. Tapi andai jodoh mereka tiada, dia redha dengan segala-galanya, biarpun sayangnya tidak pernah padam buat lelaki itu...

....................

~to be continue

1 comment:

Anonymous said...

sebijik sama mcm kes aku... mengenali lelaki yang pada zahirnya kelihatan seperti amat sempurna... akhirnya menyepi diri tanpa perkhabaran.. apa silap aku? sekurang2nya berterus terang andai diri tidak lagi diperlukan.... hmm... moga menjadi iktibar dan pengajaran bagi kami...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...