++ Suntikan Semangat! ++

Tuesday, February 8, 2011

:: Dia Terluka ::

....................

Puas dipujuk, puas juga dirayu... Namun, tiada apa yang berubah. Dia semakin terluka dengan sikap lelaki itu. Walaupun dia tahu lelaki itu punya alasan tersendiri sehingga sanggup meminggirkan dia, tapi dia tidak sanggup lagi membiarkan maruahnya dipijak-pijak. Dia gadis yang punya harga diri. Tak akan dibiarkan orang lain memperbodohkannya semudah itu. Kerana itu, dia nekad melupakan lelaki itu...

Mulut kata lain, hati kata lain. Dia terpaksa mengaku, amat berat untuk melupakan lelaki itu. Lelaki itu cinta pertamanya. Mana mungkin boleh dilenyapkan dari hati semudah mengira 1 2 3. Kata temannya, jangan terlalu cepat mengikut perasaan. Ingatlah segala saat manis sewaktu segalanya masih indah, jangan hanya berfikir yang buruk-buruk saja tentang lelaki itu. Sayangnya, kata-kata temannya itu tetap tidak dapat merubah apa-apa. Jika hanya dia yang mengenangi kenangan manis itu, untuk apa? Hatinya sudah cukup terluka kerana lelaki itu...

Kini dia mengambil langkah berdiam diri. Hatinya perlu dipujuk. Lukanya perlu diubati agar tidak ada lagi darah yang mengalir keluar. Pun begitu, dia yakin parutnya tidak akan hilang begitu saja. Mustahil! Tapi dia tetap mencuba. Dia tidak mahu berdendam. Dia menerima segalanya. Dia akan memberikan masa untuk lelaki itu menyelesaikan apa jua masalahnya, dan dia akan memberikan ruang kepada dirinya sendiri untuk mengubati luka di hati. Luka yang dihadiahkan oleh lelaki itu...

Bukan maksudnya mahu menghilangkan diri, tapi dia perlu menyendiri. Dia mahu merenung silap sendiri, dan mahu membetulkan apa yang salah. Dia berharap lelaki itu memberi dia peluang. Dia berjanji akan menggunakan peluang itu sebaiknya. Tapi dengan hati yang telah parah begini, mana mungkin dia mampu menghadapinya? Kerana itu dia mahu melenyapkan segala-galanya buat seketika. Biarpun hatinya teramat merindui lelaki itu...

....................

~to be continue

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...