++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, February 13, 2011

:: Dia Memendam Rasa ::

....................

Hubungan mereka kembali pulih. Ternyata, lelaki itu masih menyayangi dia seperti dulu. Tiada sedikit pun yang berubah. Walaupun segala-galanya masih menjadi tanda tanya pada dia, dia nekad melupakan segalanya. Dia mahu membuang yang keruh, dan ambil yang jernih. Lupakan segala perkara lalu. Buka buku baru bersama lelaki itu. Mungkin semua yang terjadi ini membawa hikmah tersendiri. Selepas peristiwa itu, dia jadi lebih menghargai lelaki itu sebagai kekasih hatinya. Kerana dia amat menyayangi lelaki itu...

Disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Entah apa silap dirinya, lelaki itu berubah dengan tiba-tiba. Dia dipinggirkan. Harapannya untuk kembali bahagia dengan lelaki itu punah begitu sahaja. Dia terluka, benar-benar terluka. Segala yang dilakukan demi lelaki itu langsung tidak membawa apa-apa erti. Dia bagaikan tidak wujud dalam hidup lelaki itu...

Puas dihitung khilaf diri, puas dicongak salah sendiri... namun, segalanya masih menjadi tanda tanya. Dia lelah. Dia penat dengan semuanya. Pernah terlintas untuk menoktahkan hubungan ini, tapi dia tidak sanggup. Jauh di sudut hati, harapannya menggunung agar semuanya kembali normal. Dia mahu mendapat tempat yang dahulunya pernah diisi di ruangan hati lelaki itu...

Dia tidak lagi diperlukan dalam hidup lelaki itu. Lantas, untuk apa perlu dijaja lagi cintanya? Dia gadis yang punya maruah. Namun, demi cinta... dia tetap setia menanti lelaki itu...

....................

~to be continue

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...