++ Suntikan Semangat! ++

Sunday, February 14, 2010

Cinta Seorang Penulis

Syazlina duduk termenung sambil menatap skrin lap topnya. Otaknya ligat berfikir untuk membuat sambungan novel yang sedang digarap. Cam ne nak sambung ek? Kering idea la....
Dia mengeluh. Pandangan dilontarkan ke sekeliling taman itu. Waktu petang begini, memang ramai pengunjung yang datang berkunjung di taman itu. Ada yang melepak, ada yang berkelah bersama keluarga dan ada yang ber’dating’. Dia mencebik, meluat melihat pasangan yang bercinta yang saling berpelukan itu. Tak tau adab langsung!
“Hai, sorang je?” tegur satu suara. Syazlina berpaling ke arah suara serak itu datang. Seorang lelaki kacak sedang tersenyum manis memandangnya. Dia terpegun seketika. Mak oi... hensem giler! Cair aku....
Lelaki itu mendekatinya. Dengan selamba dia duduk di depan Syazlina. “Buat apa ni?” Dia menyoal, masih dengan gaya selamba. Syazlina gugup seketika. Tidak tahu harus menjawab apa. Alah... aku ni bukan peramah pon...
“Saya Zafirul. Panggil Firul je,” ujar lelaki itu. “Awak?”
“Syazlina.” Perlahan Syazlina menjawab. Zafirul mengangguk-angguk.
“Boleh saya panggil Syaz?”
“Syaz?”
Zafirul mengangguk. “Awak buat apa ni? Dari tadi saya tengok cam ade prob je... nak saya tolong?” dia menawarkan bantuan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Syazlina tersenyum lega.
“Saya tengah tulis novel ni. Tapi, dah kering idea. Tak tau cam ne nak sambung.”
“Awak ni penulis ke? Saya ingatkan awak student lagi,” ujar Zafirul dengan riak terkejut. Sebenarnya, sudah lama dia memerhatikan gadis itu sebelum ini. Setiap petang, dia pasti datang dengan membawa lap topnya. Dia mahu menegur tapi tidak berkesempatan. Cuma kali ini dia berlagak berani. Takut terlepas....
“Memang saya student. Tapi, menulis ni dah jadi hobi saya,” jawab Syazlina.
“Oh... ya ke?” Zafirul tergelak sedikit. “Hmm... awak tulis cite apa?”
“Cite tentang persahabatan yang bertukar jadi hubungan cinta. Tapi si hero ni tak berani nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya perlukan satu peristiwa yang membolehkan dia luahkan perasaannya,” jawab Syazlina panjang lebar. Peramah pula aku ni....
Zafirul merenung pohon tinggi di depannya. Mencari-cari idea kalau-kalau dia boleh menbantu si gadis manis ini. Idea... menjelmalah dikau!!!!
“Hah!” Dia tiba-tiba memetik jarinya. Syazlina terkejut. Hisy mamat ni... nasib baik aku tak de sakit jantung....
“Macam mana kalo awak ciptakan satu lagi watak lelaki yang tiba-tiba jatuh hati kat si pompuan tu. Hero dia tu pun gelabahlah. Nak tak nak, dia kena bagitau juga...”
Zafirul tersenyum puas. Mudah-mudahan ideanya diterima.
Hmm... Syazlina berfikir-fikir. “Not bad idea tu. Thanks, ya?” Dia tersenyum manis. Dan senyumannya itu menawan hati Zafirul. Ahh... aku dah jatuh cinta ke?
.....
Sudah hampir sebulan Syazlina tidak menjejakkan kaki ke taman kesukaannya itu. Dia sibuk membuat persiapan peperiksaan akhirnya. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Kini, dia mampu tersenyum lebar.
Dia berjalan-jalan mengelilingi taman itu. Agak berbeza kali ini kerana dia tidak membawa lap top bersama. Sambil itu, matanya meliar mencari-cari kelibat ‘seseorang’. Ke mana dia, ya? Tak datang ke hari ni? Dia mengeluh bila yakin ‘seseorang’ itu tidak ada di situ. Dia sebenarnya amat berharap dapat bertemu lelaki itu sebelum pulang ke Terengganu. Malam ini, bumi Perak akan ditinggalkan. Dia bergerak ke arah sebuah pohon. Rantai emas putih di leher ditanggalkan. Rantai yang tertulis ‘SYAZ’ itu baru sahaja dibeli. Entah kenapa, dia berasa tertarik dengan nama itu. Dan, hanya seorang sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. ‘seseorang’ yang entah di mana. Tanah di sekitar pohon itu digali lalu dia meletakkan rantai itu di situ. Tanah itu dikambus semula. Dia bangun, menepuk-nepuk tangan, membuang sisa-sisa habuk. Biarlah rantai itu di situ. Dia tidak mahu melupakan bumi Perak ini. Oleh itu, biarlah rantai itu menjadi alat penghubung untuk menghilangkan rasa rindu pada si ‘dia’. Satu hari nanti, dia pasti akan kembali. Moga-moga ‘rantai’ itu masih setia menanti...
.....
Kedai buku MPH itu sudah dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung yang datang untuk menemui penulis-penulis novel tanah air. Dan Syazlina adalah antara penulis yang turun padang untuk bertemu para penggemar novel. Novel pertamanya, Cinta Milik Kita mendapat sambutan yang menggalakkan. Dan itulah novel yang digarap dengan bantuan ‘seseorang’. Dia ingin sekali bertemu lelaki itu bagi mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan tapi sehingga kini bayangan lelaki itu masih gagal dijejaki. Ke manalah agaknya lelaki itu menghilang?
“Hai!” Tegur satu suara. Syazlina berpaling. Bulat matanya memandang seraut wajah kacak di depannya. Zafirul? Betulkah ini Zafirul?
“Ingat saya lagi?” Zafirul tersenyum manis.
“Za... firul?”
Zafirul angguk.
“Tahniah untuk novel awak tu. Memang best!” ucap Zafirul. Syazlina tidak tahu mahu menjawab apa. Yang pasti, hatinya teruja melihat kemunculan Zafirul di situ. Tapi, sedikit menyedihkan kerana reaksi lelaki itu tidak seperti yang diharapkan. Lelaki itu seolah-olah tidak kisah bertemu dengannya. Ahh... mungkin aku aje yang perasan selama ni...
“Thanks. Semua ni atas bantuan awak juga. Remember, you gave me the idea?” balas Syazlina, cuba berlagak biasa.
“Tak delah. Saya tolong sikit je...” Zafirul merendah diri. Syazlina baru sahaja mahu menjawab ketika dia tiba-tiba diserbu oleh sekumpulan gadis remaja.
“Kak Syazlina! Kak Syazlina!”
Kelam-kabut Syazlina melayan kerenah peminat-peminatnya. Rasa bangga menyelit sama. Sebaik sahja peminatnya beredar, dia kembali berpaling. Tapi... eh, mana dia? Tertinjau-tinjau kepalanya mencari-cari kelibat Zafirul tetapi tiada. Dia mengeluh hampa. Hilang lagi....
.....
Novel kedua syazlina, Air Mata Cinta telah selamat diterbitkan. Tidak sabar rasanya menunggu komen dan reaksi peminat. Takut juga kalau ada yang ‘menghentam’. Sebenarnya, untuk novel kedua ini, dia mengarang kisah antara dia dan ‘seseorang’. Tapi, pengakhirannya digubah kerana kisahnya dan ‘seseorang’ itu tiada penyudahnya. Nama watak-watak turut diubah. Macam manalah reaksinya nanti bila membaca novel itu?
“Woit... menung je... ingat sape?” sergah teman serumahnya, Suhada. Syazlina tersengih cuma. Melihat reaksinya itu, Suhada sudah tahu apa yang bermain di fikirannya.
“Udah-udahlah tu, Lina. Entah-entah mamat tu dah kawen pon...” ujar Suhada. Matanya lurus ke skrin TV.
“kau rasa... dia dah kawen ke?”
“Entah... tapi tak mustahil, kan?” jawab Suhada, masih mengadap TV. Syazlina buat muka. Biarlah... nak buat camana? Mungkin dah bukan jodoh aku dengan dia....
.....
Setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke taman ini, akhirnya Syazlina datang juga. Datangnya untuk mencari ‘seseorang’ di samping untuk menuntut rantai yang telah lama ditinggalkan. Masih ada lagi atau tidak rantai itu. Entah-entah, dah dicuri orang....
Syazlina berjalan ke arah sebuah pohon. Dia masih ingat pohon itu. Pohon yang telah ‘diamanahkan’ untuk menjaga rantainya. Dia duduk bertinggung di situ lalu mula mengorek tanah. Tapi... tiada! Syazlina cemas. Dia bangun, mengelilingi pokok itu sambil kakinya menguis-nguis tanah. Namun hampa. Rantai itu sudah hilang! Dia terduduk sedih.
“Cari ni?”
Syazlina tersentak. Dia berpaling. Terkejut dia melihat Zafirul di situ. Lebih memeranjatkan, lelaki itu sedang memegang rantainya! Dia bangun, merenung Zafirul dengan rasa tidak percaya.
“Macam mana rantai tu boleh ada dengan awak?” soal Syazlina.
Zafirul tersenyum. Dia menghampiri Syazlina lambat-lambat. Kemudian, rantai yang terukir nama ‘SYAZ’ itu dipakaikan ke leher Syazlina. Syazlina kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.
“Pandai awak pilih pokok. Memang ni pokok favourite saya. Setiap kali datang sini, memang saya akan duduk bawah pokok ni sambil main gitar,” ujar Zafirul. Syazlina terkebil-kebil memandangnya.
“Macam mana awak tau rantai ni saya punya?”
“Nak tau satu cerita?”
.....
Zafirul ternampak kelibat seorang gadis sedang duduk bertinggung di tepi sebuah pohon. Gadis itulah yang telah berjaya menambat hatinya. Dia mahu memanggil namun wajah serius ayahnya di sebelah membuatkan niatnya mati. Sebentar lagi, dia akan berlepas ke Jepun untuk meneruskan pengajian di peringkat ph.D. Lalu, dia hanya mampu memandang gadis itu dengan pandangan sayu....
.....
“Bukan saya saja nak elakkan diri. Tapi keadaan yang memaksa saya buat macam tu,” ucap Zafirul. Syazlina tertunduk mendengar cerita itu. Apa lagi yang mampu dikatakannya?
“Syaz, kalau boleh, saya nak jadikan cerita yang awak karang tu satu realiti. Dan kalau awak sudi, saya akan tunggu awak di bawah pokok ni lepas saya tamat belajar nanti......”
.....
Hujan masih galak menyimbah bumi. Walaupun tidak disertai dengan kilat dan petir, ia cukup untuk menggerunkan hati yang mendengar dan melihat. Syazlina memandu Vios kesayangannya dengan kelajuan sederhana. Dia cemas. Waktu yang dijanjikan sudah terlewat hampir dua jam. Kalau tidak kerana jalan yang sesak pasti dia sudah selamat sampai. Lebih teruk, bila jalan agak licin akibat hujan lebat. Dia mengerling jam di dashboard, sudah hampir pukul enam petang. Mujur dia sudah berhenti solat di masjid tadi. Jadi, tidak perlulah dia risau lagi. Walaupun sudah dipujuk hatinya supaya tenang, dia tetap berasa bimbang. Macam mana kalau Zafirul putus asa menunggu lalu terus pulang ke rumah? Pasti dia akan menyesal seumur hidup. Firul... tunggu saya....
Ketika sampai, hujan sudah berhenti. Syazlina cepat-cepat menuju ke tempat yang dijanjikan. Namun, hampir menitis air matanya bila orang yang dicari tiada di situ. Dia terduduk sedih. Ya Allah... aku terlambat ke? Kolam matanya terasa panas. Bila-bila masa saja kolam itu akan pecah lalu mengalirkan airnya.
Tiba-tiba dia terdengar satu suara sedang menyanyi diiringi dengan petikan gitar.
“bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
selamilah pada kejujuranku,
jadikanku arjuna, arjuna di hatimu,
percayalah oh puteri....”
Syazlina bangun. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuh. Zafirul sedang tersenyum memandangnya.
“Kenapa lambat? Penat saya tunggu...” Jelas, tiada riak kemarahan di wajah itu. Syazlina tergamam untuk beberapa detik.
“Maaf...” Dia menunduk. Air mata di pipi disapu. Zafirul mendekat.
“Hari tu saya kata saya akan tunggu awak bawah pokok ni. Dan sekarang ni penantian saya berhasil. Walaupun tadi saya takut sangat awak tak datang. Tapi akhirnya awak datang juga,” ujar Zafirul. Wajah Syazlina direnung dalam-dalam.
“Saya datang sebab....” Syazlina tidak mampu meneruskan ayatnya. Sebetulnya, dia malu! Zafirul tergelak kecil. “Awak sudi?”
Syazlina tersenyum nipis. Kemudian, dia mengangguk. Zafirul melonjak kegirangan. Yessss!!!!!
-the end-

(p/s : Cinta tak perlu dicari. Ia akan hadir dengan sendirinya. Walaupun insan yang kita sayangi telah pergi jauh dari hidup kita. Tetapi kalau ada jodoh, cinta pasti U-TURN!)

1 comment:

ena rin said...

ya kalau dah jodoh tak kemana..tahniah kepada ayumi segala karya ayumi memang terbaik ...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...