++ Suntikan Semangat! ++

Thursday, February 18, 2010

3 Insan 1 Hati

JARI-JEMARI Fatin ligat menaip di papan kekunci komputer ribanya yang berwarna biru. Sesekali bibirnya menguntum senyuman manis bila membaca tulisan-tulisan yang tertaip kemas di skrin komputer. Syahida di muka pintu sedang asyik memerhatikan gelagatnya tanpa disedari. Syahida mencapai sebiji bantal lalu dibaling tepat ke arah Fatin.
“Mak!” Fatin terjerit kerana terkejut. Dia berpaling bila mendengar Syahida sedang ketawa terbahak-bahak. Bantal itu dibaling tepat ke muka Syahida. Mati terus tawa sahabatnya itu.
“Padan muka!” Dia kembali mengadap skrin komputer. Syahida baring di katil sambil memeluk bantal yang dibaling tadi.
“Chatting dengan Cute Prince ke?” soalnya sambil menongkat kepala dengan tangan kanannya. Fatin tersengih cuma. Dia yakin Syahida faham maksudnya itu.
“Aku tak paham la kau ni. Camana kau boleh borak dengan orang yang kau tak kenal ha?” tanya Syahida lagi.
“Alah... apa susah? Bukan nampak muka pun,” balas Fatin. Dia tergelak membaca tulisan yang dikirim oleh si Cute Prince. Syahida memandangnya pelik.
“Apa yang bestnya dia tu?”
“Dia best sebab dia selalu buat lawak. Tak cam kau!” Selamba Fatin mengutuk. Syahida mencebik. Dia memang tidak mengerti dengan hobi temannya itu. Selalu sangat ber’chatting’ dengan orang yang menggelarkan dirinya CutePrince itu. Bahkan, sering meluahkan segala masalah pada lelaki itu. Padahal, mereka bukannya kenal. Pernah bertemu jauh sekali.
“Tapi...”
“Kau tak faham, Ida. Hanya yang mengalami yang memahami...”
.....
“FATIN, Hafiz kirim salam!” teriak Syahida dari muka pintu bilik. Fatin yang baru mahu melelapkan mata terus terduduk. Bibirnya melebar dengan senyuman.
“Suka ar tu!”
“Mestilah! Bila kau jumpa dia?”
“Kat library tadi,” jawab Syahida lalu terus merebahkan badan di katilnya. Fatin mula terbayangkan wajah ‘cute’ Hafiz. Sudah lama dia meminati lelaki itu. Kata Syahida yang juga teman Hafiz, lelaki itu turut menyukainya tetapi belum memulakan apa-apa langkah untuk memenangi hati Fatin. Tiba-tiba, telefon bimbit Fatin berbunyi menandakan ada SMS masuk. Cepat-cepat dia mencapai telefon jenama Motorola itu. Mesej daripada Fizt;
‘Hai, Fatin! Wat pe tu? Ganggu tak?’
Fatin tersengih lebar membaca SMS itu. Dapat Syahida agak siapa yang menghantar SMS itu.
“Fiztlah tu!”
Fatin menjeling sambil mula menaip balasan untuk Fizt.
“Ini satu lagi yang aku tak paham. Chatting ngan Cute Prince, SMS ngan Fizt, tapi suka kat Hafiz. Yang mana satu kau nak ni sebenarnya ni?”
“Cute Prince ngan Fizt kawan aku. Hafiz tu pula... lelaki yang aku suka,” jawab Fatin sambil menunggu balasan Fizt.
“Cam playgirl je!”
“Hisy... mana ada! Aku kawan je lah ngan dorang tu. Tak baik tau tuduh aku cam tu!” Fatin memuncung. Tapi muncung itu cepat sahaja bertukar menjadi sengihan sebaik sahaja membaca balasan SMS daripada Fizt. Tapi sekejap sahaja kerana mukanya bertukar riak pula. Riak terkejut!
“Hah... apasal pula?” sergah Syahida, pelik melihat reaksi Fatin. Tadi senyum bukan main, sekarang berkerut pula!
“Fizt... dia nak jumpa aku,” ujar Fatin, memandang Syahida menagih kata putus.
“Dah tu, jumpa ajelah! Apa susah?” Selamba Syahida menjawab. Dia tersenyum, senyuman yang penuh misteri.
“Aku takutlah, Ida! Kalau dia orang jahat, camne?”
“Hai... baru sekarang nak takut? Habis tu yang kau duk SMS ngan dia selama ni, tak takut pula, ya?” sindir Syahida. Fatin terdiam. Hendak tergelak Syahida melihat wajah monyok itu. Tapi, apa yang mampu dia lakukan?
.....
“IDA! Cute Prince nak jumpa aku juga! Cam ne ni?” Fatin melompat turun dari katil, mendapatkan Syahida yang baru sahaja masuk ke bilik. Riak wajah Syahida selamba, seolah-olah tidak bimbang langsung dengan masalah Fatin.
“Jumpa je lah...” Dia terus menonong ke katil. Mencampak beg galasnya sebelum terus terlentang.
“Masalahnya sekarang, dia ajak aku jumpa kat tempat sama dengan tempat yang Fizt pilih,” ujar Fatin. Dia duduk di sebelah Syahida, mempamerkan wajah simpati.
“Hari pun sama?”
Fatin angguk.
“Minta tukar hari lain.”
“Tak boleh. Dia cakap, kalau aku tak nak jumpa dia, dia tak nak kawan ngan aku lagi. Aku tak naklah camtu,” luah Fatin lagi. Dia benar-benar dalam dilema. Cute Prince atau Fizt?
“Kalau aku kata Hafiz ajak kau jumpa juga cam ne?”
“Hah?” Mata Fatin terbeliak luas. Syahida ketawa terkekeh-kekeh.
“Just kidding!”
Fatin menjeling. “Tolonglah aku, Ida...” Dia merayu pula. Syahida mengeluh.
“Okeylah, cam ni... kalau kau takut sangat biar aku teman kau jumpa dorang. Kita jumpa dua-dua sekali. Okey?” cadang Syahida, tidak sanggup lagi melihat wajah keruh sahabatnya itu.
“Betul ke?”
“Betullah!”
Fatin melonjak kesukaan. Tubuh Syahida dipeluknya. “Thanks, Ida. Aku sayang kau!”
“No sweat!”
.....
SUDAH hampir setengah jam mereka menunggu di taman itu tetapi insan yang dinanti belum menampakkan muka. Fatin sudah memaklumkan pada kedua-duanya dia akan memakai blaus warna merah jambu, dan jeans hitam. Rambutnya pula dibiar lepas bebas. Menurut Cute Prince, dia akan memakai kemeja T lengan panjang warna biru dan juga berseluar jeans hitam. Manakala Fizt tidak menyatakan dengan tepat pakaian yang mahu dikenakan cuma memberitahu dia akan memakai topi Nike.
Fatin melilau-lilaukan matanya ke sekeliling taman itu, mengharap insan yang ditunggu bakal muncul. Tiba-tiba, dia terpaku saat matanya menjamah sesusuk tubuh yang sedang berjalan ke arahnya dan Syahida. Apa lelaki itu buat di sini?
“Ida, itu bukan ke...”
“Hai, Hafiz!” Syahida menegur sambil tersenyum lebar.
“Hai! Sorry lambat,” ucap Hafiz. Dia berpaling pada Fatin sebelum melemparkan senyumannya pada gadis itu.
‘Cutenya!’ detik hati Fatin.
“So, tugas aku dah selesai. Pandai-pandailah kau ye...” Syahida mengenyit matanya pada Hafiz sebelum berlalu.
“Ida...” Fatin cuba memanggil namun Syahida buat-buat tidak dengar.
“Lama ke awak tunggu? Sorry eh?”
“Err... apa awak buat kat sini?” tanya Fatin gugup. Inilah kali pertama dia bercakap dengan Hafiz secara empat mata. Sebelum ini, dia hanya berani memandang dari jauh.
“Kan kita dah janji?” soal Hafiz.
“Hah?” Fatin pelik. Bila masa pula dia mengatur janji dengan Hafiz? Hafiz mengeluarkan telefon bimbit jenama Nokia dari poket jeansnya. Dia menekan-nekan panel telefon. Sesaat kemudian, telefon bimbit Fatin berdering. Cepat-cepat dia mengeluarkannya dari poket seluar. Nama ‘FIZT’ tertera di skrin. Dia mendongak memandang Hafiz dengan seribu kerutan di muka.
“Cuba awak tengok pakaian saya hari ni...” suruh Hafiz. Fatin memandang penampilan Hafiz dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemeja T biru, jeans hitam dan... topi Nike! Adakah Hafiz...
“Kalau awak nak tahu, sayalah Cute Prince dan Fizt, kawan awak tu,” jelas Hafiz. Dia tersenyum lagi, menayangkan giginya yang tersusun cantik. Fatin targamam tanpa kata. Sungguh, dia terkejut dengan kenyataan yang baru didengar itu. Bermakna, selama ini dia sering meluahkan masalah dan segala gundah-gulana pada Hafiz, lelaki yang amat disukai itu? Oh... tidak! Malunya!
“Tapi camana...”
“Saya dapat nombor handphone dan alamat e-mail awak daripada Syahida,” ujar Hafiz lagi.
“Syahida? Maksud awak... kawan saya tu?” Fatin terkejut lagi. Hafiz angguk. Fatin menekup mulutnya. Ida... pandai kau berlakon selama ni!
“Fatin, sudikah awak menjadi kekasih saya?”
Fatin terkesima!

(p/s : Terima kasih kepada Fatin (Kawan aku) kerana sudi meminjamkan nama untuk dijadikan watak dalam cerpen tak seberapa ni. Ini cerpen kedua aku. Harap, tak terkurang sangat...)

1 comment:

cik puan ema said...

bila nk continue dik ayumi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...