++ Suntikan Semangat! ++

Wednesday, December 29, 2010

Merdeka!!

Assalamualaikum....

Merdeka!! Walaupun dah dua minggu SPM tamat, baru sekarang aku nak laungkan kat sini... MERDEKA!!! hahaha... happy gila sebab dah bebas dari buku-buku sekolah yang menyeksakan tu semua! Buku-buku tu sekarang dah selamat dikumpul dan dihantar ke pusat kitar semula! hehehe...

Aktiviti sepanjang cuti :

1 - Aku nak menulis! Dah lama pendam idea dalam kepala otak ni... Dan dengan sedikit tunjuk ajar dari beberapa orang novelis... Erin Zehana, Qaseh Qaisara, Hani Fazuha, Rose Harissa dan... siapa gi ek? huhu...tak ingat dah... Yang penting, aku amat-amat hargainya!!! Thanks!!!

2 - Aku nak ambik lesen motosikal dan jugak kereta! Siang tadi dah seharian pergi kursus KPP. Rabu depan akan ambik ujian undang-undang... Berdebar... Wish me luck!!

3 - Belajar masak! Ni je yang aku belum mula apa-apa lagi. Insyaallah... dalam bulan satu ni, aku akan mula masuk dapur! huhu... jadi ke tak masakan aku, entahlah... Yang pasti, aku ada cikgu memasak yang memang handal dalam bab masak-memasak ni. Siapa lagi kalau bukan my beloved mom!! hehehe...

4 - Belajar tajwid di surau... Yang ni, mak aku yang sarankan aku ikut dia ke surau. Tapi setakat ni belum lagi. Insyaallah, kalau tak ada aral melintang, aku akan tuntut ilmu tajwid di surau pulak!!

5 - Jalan-jalan! Ikut plan, aku nak pergi rumah mak sedara aku kat Kedah dan Selangor... dengan sepupu aku (Kitorang sebaya).. tapi semua tu masih dalam perancangan. Tak pasti lagi jadi ke tak... Harap-harap, jadilah...huhuhu...

Hmm... banyak jugak aku nak buat ni. Jangan jadi hangat-hangat tahi ayam sudah!

Friday, August 27, 2010

Dia Milikku

Semula ku tak tahu
Engkau juga kan ingin memilikinya
Bukankah ku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

Reff I :

Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Pergilah kamu
Jangan kau ganggu
Biarkan aku
Mendekatinya

Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi...ohh
Dia Untuk aku

Bukankah belum pasti
Kamu juga kan jadi
Dengan dirinya

Dia yang menentukan
Apa yang kan terjadi
Tak usah mengaturku


Reff II :

Dia untukku
Bukan untukmu
Dia milikku
Bukan milikmu
Lihatlah nanti
Lihatlah saja
Biarkan aku
Mendekatinya

Kamu
Tak akan mungkin
Mendapatkannya
Karena dia
Berikan aku
Pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi oohh

Kusarankan engkau mundur saja...ooo

Back to Reff I :

Tabiat Pelik

Semua orang pasti ada tabiat pelik masing-masing kan? Aku pun ada... Tabiat pelik aku ialah, aku suka tengok orang!!!

Hari ni aku jalan-jalan dengan mak dan adik aku pergi mall... Macam-macam jenis orang aku jumpa! Ada yang datang balik nak tukar barang sebab dah tersalah beli, ada yang pakai tudung macam tak nak pakai tudung, ada budak kecik yang celup tangan dalam bekas taugeh yang ada air, ada budak yang sengaja berdiri depan orang tolak troli sebab tak nak bagi mak cik tu lalu, ada yang pakai tudung senget, ada yang pakai tudung ungu dengan baju hijau, ada dua orang budak yang lari-lari dan kena marah dengan ayah dia orang, ada suami yang bawa bakul sambil ikut je isteri dia pergi mana, dan macam-macam jenis oranglah!!

Bila ingat balik, lawaklah pula... Tapi, inilah favourite aku. Kalau pergi mana-mana, mata aku memang tak boleh duduk diam! Asyik nak melilau ke sana sini. Ada lagi cerita best... Masa aku pergi hantar abang aku kat stesen bas, aku ternampaklah sepasang couple ni... Dari awal dia orang sampai, aku dah perhatikan dia orang. Yang perempuan, comel sangat dengan blaus pink, yang lelaki pun boleh tahanlah... Dia orang tak sedar aku duk perhatikan dia orang. Bila yang perempuan dah naik bas, yang lelaki asyik pandang handphone je, macam duk berbalas SMS dengan seseorang. Aku terfirkir juga, "Makwe naik baru naik bas, takkan dah
mesej orang lain kot?"

Aku pun tengok kat perempuan tu, yang duduk kat tepi tingkap... Dia pun duk berbalas mesej dengan seseorang. Aku tengok dia orang bergilir-gilir, dan tahulah aku dia orang berbalas mesej sesama sendiri! Hahahahahah!!!!
Aku senyum sorang-sorang je tengok dia orang... Kelakar... tapi sweet! Hehe...
Kat stesen bas juga, majoritinya duduk sambil pegang handphone. Ada jugak yang berjalan sambil mata kat handphone, sampai tak tengok kiri kanan! Ish..ish...ish... Dashyat betul!

Mata aku tetap tajam walau kat mana aku ada, walaupun cermin mata ni agak menghalang...hehehe...

Friday, June 18, 2010

Akukan Novelis!


Oppss!!! Jangan salah faham!! Bukan aku perasan nak jadi novelis. Tapi tajuk novel kat atas ni AKUKAN NOVELIS! Novel karya Nurul Syahida ni memang best gila!!!

Terus terang, aku memang minat dengan Nurul Syahida. Dia punya novel memang lain dari yang lain. Novel dia berkisarkan kehidupan remaja, dan semestinya remaja macam aku ni LOVE IT! Novel sebelum ni, Soalnya Hati memang syok habis! Heronya, Amar Sufian ada dalam carta hero favourite aku kat sebelah ni. Hehehehehe....

Untuk novel ketiga ni, cerita yang berkisar tentang kehidupan seorang novelis yang ketandusan idea. Safiah cuba untuk cari idea tapi tak dapat-dapat. Dalam masa sama, dia sibukkan diri selesaikan masalah cinta Iza dan Helmi. Aku SUKA Helmi! Helmi dengan Iza memang sepadan. Tahniah sebab berjaya cipta karakter yang sangat menarik!!!

Roul... mula-mula baca 'seram' jugak. Roul ni tak macam-macam hero novel lain yang biasanya handsome, cool, kaya, berkerjaya dan yang seumpama dengannya. Dengan rambut merah, mata merah, kerja sebagai pelukis bebas... macam mana tu??
Hmm... susah sangat nak bayangkan Roul ni... Tahniah sekali lagi sebab berjaya buat pembaca macam aku ni terperangkap dalam situasi INGIN TAHU sampaikan tak boleh berenggang lama dengan novel ni. Huhhuhuhuuuuu.....

Kepada Nurul Syahida, aku ucapkan TAHNIAH!!! Teruskan berkarya and I'll be your loyal fan!!!

Hahahahhahha!!!

Sunday, March 14, 2010

Terbanglah Sayang


Akhirnya, dapat juga aku habiskan novel ni. Lama jugak aku ambik masa untuk habiskan satu novel ni. Bukan sebab novel ni tak best tapi sebab aku memang dah di'haram'kan untuk baca mana-mana novel pun. Jadi aku cuma boleh baca dalam bilik je. Terutama lepas solat maghrib dan baca Quran. Masa duk tunggu azan Isyak tu lah aku baca novel ni. Dalam masa singkat tu, macam mana aku nak habiskan novel ni cepat-cepat? Tapi, aku tetap boleh habiskan juga. Usaha kan tangga kejayaan?
Novel terbaru Aina Emir, aku pinjam daripada kawan aku, Yuni dan Wani. Permulaan dia agak slow sikit, jadi agak membosankan aku. Tapi bila dah masuk part konflik, memang aku tak boleh letak langsung! Berhenti sekejap, teringat-ingat je. Apa akan jadi seterusnya? Pendek kata, aku tak senang duduk selagi novel ni belum habis!

Arash... Apa yang menarik tentang Arash ni, dia punya kerjaya. Pilot jet pejuang! Tak pernah lagi aku baca dalam mana-mana novel yang dia punya hero ada kerjaya macam ni. Tapi kalau pilot kapal terbang, memang biasalah. Contoh macam Adam Mukhriz (Adam dan Hawa) dan Nazmi (Manisnya Cinta). Fizikal dia pula, memang mengancam habis! Walaupun tak boleh tengok, aku dapat bayangkan macam mana Arash ni. Tapi, aku tak minat sangat mamat yang badan sasa ni. Aku suka yang 'biasa-biasa' je. Untuk karakter dia pula, ada masa aku suka sangat. Ada masa juga aku kurang suka. Dan ada masa juga aku tak suka langsung! Mungkin aku tak suka apa yang dia buat pada Inaz. Dia bagi harapann pada Inaz sedangkan dia langsung tak sayangkan Inaz. Inaz pula, sayang sangat-sangat kat si Arash ni. Sampai merana bila Arash kahwin dengan Fiya. Part ni lah buatkan aku tak suka si Arash ni. Mungkin sebab aku pernah 'terkena' kot. Kalau tak suka kat Inaz tu, kenapa bagi harapan? Kalau aku jadi Inaz sekalipun, aku pun tentu akan perasan. Ye lah, orang yang kita suka bagi perhatian kat kita. Siapa tak happy? Satu karakter Arash yang bagi aku tak ada kat hero-hero novel yang lain. Arash ni pemalu! Pendiam pun dia. Nak mengorat orang perempuan pun tak pandia. Usahkan mengorat, nak rapat dengan perempuan pun takut! Tapi tu di awal cerita je. Kat belakang tu, lain sangat! 'Malu' tu macam dah hilang! Tapi ada juga kisah sedih dia. Anak angkat rupanya... Tak apalah, walaupun anak angkat, dia bahagia dengan keluarga angkat dia tu...

Lutfiya Zahra atau Fiya... Terus terang, pemulaan cerita aku amat-amat tak berkenan dengan perangai dia. Perasan bagus, selalu nak menang dan rasa diri hebat. Sekali pun dia tak mahu kalah. Asyik nak menang je! Kalau aku jadi Inaz, aku pun menyampah! Ye lah, asyik dia je yang nak menang! Dia dah rasa dia buat silap, masa dia nak pilih Faris jadi suami dia. Tapi dia tak nak mengaku silap, takut orang ketawakan dia. Sanggup pula dia menyamar jadi 'orang lain' dan pengaruh Inaz untuk batalkan majlis perkahwinan dia. Bagi aku, itu satu tindakan yang sangat-sangat bodoh! Bila Inaz dah merana, barulah rasa menyesal. Jauhkan diri daripada Arash. Tapi bila Arash dah baik balik dengan Inaz, baru sedar yang dia sebenarnya sayang giler kat Arash. Lepas tu, mulalah nak berbaik semula dengan Arash. Buat tu... buat ni... Sampai rasa diri tu macam gundik. Tapi, dia yang terhegeh-hegeh! Ish! Geram betul! Sedapnya aku mengata... Itu yang tak baik dia. Yang baik pun ada juga. Fiya ni, lain dari yang lain! Selama ni, karakter heroin mesti yang baik-baik je. Ayu, lemah-lembut, sopan-santun, pemaaf.... Tapi Fiya ni tak macam tu. Boleh dikatakan Fiya ni hebatlah juga. Sebab berani buat 'kerja gila' yang aku sendiri pun tak terfikir yang dia akan buat. Dan selalunya juga, heroin mesti kalah dengan heroin nombor dua. Tapi tak untuk novel ni. Fiya tetap menang dengan Inaz. That's what i like! Hehehehe...

Syafinaz atau Inaz... Permulaan dia pun aku tak suka. Sebab dia ni selalu 'angin' tak tentu pasal. Kuat dengki dengan orang dan cepat ter'perasan'! Tapi aku tak salahkan dia kenapa dia perasan yang Arash suka dia sebab Arash sendiri yang bagi harapan. Arash yang 'layan' dia sampaikan dia betul-betul gila bayang! Tapi sebagai perempuan, tak bolehlah macam tu. Sampaikan merayu supaya Arash sayang dia. Macam dah tak ada rasa malu. Bukan ke keindahan sorang perempuan tu terletak pada malu dia? Tapi dalam 'jahat' dia pun, ada juga baiknya dia. Dia sanggup jumpa Faris dan paksa Faris batalkan perkahwinan dengan Fiya sebab dia tak nak Fiya dikecewakan. Maknanya, dia sayangkan Fiya! Fiya kan... BFF dia? Dan aku suka bila dia berubah. Pendek kata, di pertengahan cerita, Inaz dan Fiya bertukar karakter! Inaz jadi makin baik, Fiya jadi makin teruk! Huh! Langsung tak terfikir akan jadi macam tu... Tapi lastly, Inaz kahwin dengan Kapten Razlan. Bahagia juga dia akhirnya...

Melissa dan Munawarrah... Dua orang ni pun aku suka. Melissa baik dan memang sahabat setia. Tetap baik dengan Fiya walaupun dia rasa apa yang Fiya buat tu melampau sangat! Selalu bagi nasihat kat kawan dia tu walaupun dia tu seorang mualaf. Muna pula... mulut memang laser! Cakap ikut sesedap mulut je! Tapi aku suka sebab at least, dia berterus-terang. Tak hipokrit!

Hakim... Kesian... pandai mengayat awek, pandai pujuk rayu perempuan tapi satu pun tak lekat! Agaknya sebab dia ni memilih sangat kot. Suka kat Fiya, tapi Arash dah 'sambar' dulu. Sebenarnya, aku suka karakter Hakim ni. Dan nama Hakim ni mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang dah lama aku tak jumpa. Tapi tak apa, aku still boleh teruskan hidup. Hehehehe... Aku respect si Hakim ni sebab walaupun perempuan yang dia suka dah dirampas kawan baik sendiri, dia tetap okey. Tak adalah nak bermusuh dengan Arash. Aku pun kalau boleh nak jadi macam dia juga. Manalah tau, satu hari nanti, aku tersuka kat kawan aku punya boyfriend, ataupun kawan aku tersuka kat aku punya boyfriend, aku tak naklah gaduh-gaduh. Biarlah kitorang terus berkawan. Sebab aku dari sekarang lagi aku dah setkan dalam kepala aku, aku tak nak ambik yang kawan punya. Walaupun orang tu hensem giler, aku tetap tak nak. Selagi boleh, aku akan cuba mengelak. Tapi kalau orang ambik aku punya, tak taulah.......

Antara karakter lain yang diwujudkan dalam novel ni... Syahril, Dik Yan, Dik Am, Kak Lina, Kapten Razlan, Kak Nifah, Abang Din, Wardah, Fendi, Faris, Maya...dll.... Keseluruhannya, aku bagi 4 bintang daripada 5 bintang. Apapun, tahniah Aina Emir kerana berjaya menimbulkan seribu satu perasaan dalam diri aku ketikan membaca novel ni!

(p/s : Biar ada pakwe handsome + smart, kawan tetap paling utama. Biar ada makwe cantik + bijak, kawan tetap paling berharga. Biar punya harta bertimbun-timbun, kawan tetap sama level...)

Saturday, March 13, 2010

Ohhh.... Damya Hanna!


Masa duk tengah belek surat khabar tu... aku terpandanglah gambar kat atas ni. Aik? Cam kenal je... Rupanya, Damya Hanna! Salah satu daripada idola aku! Happynya tengok Kak Damya masuk surat khabar. Ceh... macamlah aku yang masuk!

Apapun, aku ucap tahniah untuk Kak Damya sebab masuk surat khabar. Mesti lepas ni bertambah-tambah orang yang suka kat Kak Damya! Sebut pasal Damya Hanna, aku teringat pula novel-novel dia. Bicara Hati, Sepi Tanpa Cinta, Saat Cinta Bersemi, Relaku Menanti, Senafas Rindu, Ternyata Cinta dan Ilham Hati.

Bicara Hati... Tengku Syahran dan Zahlia. Cerita ni memang meletup! Tanyalah semua peminat-peminat novel, diorang mesti tahu cerita Bicara Hati ni. Dan aku pun tak ketinggalan untuk baca cerita ni. Pertama kali aku baca cerita ni masa aku Form 2. Masa tu aku baru nak 'jinak-jinak' dengan novel jiwang. Dan tak hairanlah kenapa ramai orang minat dengan novel ni. Kawan-kawan aku semua 'gila' dengan novel ni. Yang kawan aku punya dah koyak rabak dah. Sampaikan buat kulit baru sendiri. Orang nak pinjam pun tak kasi. Kakak aku pula beli novel ni walaupun dah berkali-kali baca. Sebabnya, tak puas katanya.......

Sepi Tanpa Cinta... Fakrul dan Haziqah. Yang ni pun aku baca masa Form 2. Terus terang, aku lagi minat cerita ni daripada Bicara Hati. Tapi kawan-kawan aku semua suka Bicara Hati daripada Sepi Tanpa Cinta. Kenapa? Entah... aku pun tak tau! Aku suka Fakrul... tapi Tengku Syahran pun aku suka! Hehehehe....

Saat Cinta Bersemi... Shamir dan Nur Dhuha. Terus terang aku cakap, aku 'kurang' sikit dengan cerita ni. Mungkin sebab aku tak suka karakter si Shamir ni kot. Tapi sepupu aku kata, novel ni best giler!! Ye la... lain orang, lain taste...

Relaku Menanti... Zamil dan Nurin. Pertama kali aku baca novel ni, aku suka sangat kat Luqman (kembar Zamil). Dan bagi aku, Zamil tu entah apa-apa! Tapi, tu pandangan pertama. Bila aku baca kali kedua, aku jatuh cinta pada Zamil! Kalau tak percaya, tengok kat carta hero novel kat sebelah ni... Zamil Iskandar duduk nombor dua! Aku suka sangat dengan si Zamil ni. Dan kalau boleh, aku nak cari pakwe macam Zamil nilah... Masalahnya, ada ke?

Senafas Rindu... Faris dan Viviana. Sorry kalau silap nama. Aku belum baca lagi novel ni so aku tak berapa pasti nama watak dalam cerita ni apa. Kenapa aku tak baca lagi? Aku pun tak tau... Mungkin nanti aku akan baca juga... Kata peminat kan???

Ternyata Cinta... Iqram dan Qasdina. Haa... ni lagi satu hero favourite aku! Iqram! Aku suka betul dengan karakter si Iqram ni. Bergandingan pula dengan Qasdina, memang sepadan! Aku suka juga si Qasdina ni sebab karakter dia lain dari yang lain. Kuat berangan... macam aku jugalah...hehehehehe.....

Ilham Hati... Hanif dan Rian. Hanif, tak adalah suka mana. Biasa je. Tapi Rian... aku suka! Selama ni, karakter heroin mesti baik, ayu, sopan santun, pemaaf etc... Tapi buka Rian. Permulaan cerita, Rian ni memang lain sangat! Dan dia mula berubah jadi lebih baik lepas accident dan hilang ingatan. Aku suka cerita ni...

Sekarang ni tengah tunggu Kak Damya keluarkan novel baru. Tapi aku tak boleh beli sebab mak aku dah 'haram'kan aku daripada beli novel. Terpaksalah pinjam dengan kawan je. Itupun baca senyap-senyap, tak boleh bawa keluar bilik. Kalau tak, seguni mak aku membebel. Apapun, moga Kak Damya terus sukses! Jangan marah ya kalau apa yang aku tulis ni 'biadap' sikit. Hehehehehe....

(p/s : Bestnya kalau dapat jadi macam Kak Damya....)

Thursday, February 18, 2010

3 Insan 1 Hati

JARI-JEMARI Fatin ligat menaip di papan kekunci komputer ribanya yang berwarna biru. Sesekali bibirnya menguntum senyuman manis bila membaca tulisan-tulisan yang tertaip kemas di skrin komputer. Syahida di muka pintu sedang asyik memerhatikan gelagatnya tanpa disedari. Syahida mencapai sebiji bantal lalu dibaling tepat ke arah Fatin.
“Mak!” Fatin terjerit kerana terkejut. Dia berpaling bila mendengar Syahida sedang ketawa terbahak-bahak. Bantal itu dibaling tepat ke muka Syahida. Mati terus tawa sahabatnya itu.
“Padan muka!” Dia kembali mengadap skrin komputer. Syahida baring di katil sambil memeluk bantal yang dibaling tadi.
“Chatting dengan Cute Prince ke?” soalnya sambil menongkat kepala dengan tangan kanannya. Fatin tersengih cuma. Dia yakin Syahida faham maksudnya itu.
“Aku tak paham la kau ni. Camana kau boleh borak dengan orang yang kau tak kenal ha?” tanya Syahida lagi.
“Alah... apa susah? Bukan nampak muka pun,” balas Fatin. Dia tergelak membaca tulisan yang dikirim oleh si Cute Prince. Syahida memandangnya pelik.
“Apa yang bestnya dia tu?”
“Dia best sebab dia selalu buat lawak. Tak cam kau!” Selamba Fatin mengutuk. Syahida mencebik. Dia memang tidak mengerti dengan hobi temannya itu. Selalu sangat ber’chatting’ dengan orang yang menggelarkan dirinya CutePrince itu. Bahkan, sering meluahkan segala masalah pada lelaki itu. Padahal, mereka bukannya kenal. Pernah bertemu jauh sekali.
“Tapi...”
“Kau tak faham, Ida. Hanya yang mengalami yang memahami...”
.....
“FATIN, Hafiz kirim salam!” teriak Syahida dari muka pintu bilik. Fatin yang baru mahu melelapkan mata terus terduduk. Bibirnya melebar dengan senyuman.
“Suka ar tu!”
“Mestilah! Bila kau jumpa dia?”
“Kat library tadi,” jawab Syahida lalu terus merebahkan badan di katilnya. Fatin mula terbayangkan wajah ‘cute’ Hafiz. Sudah lama dia meminati lelaki itu. Kata Syahida yang juga teman Hafiz, lelaki itu turut menyukainya tetapi belum memulakan apa-apa langkah untuk memenangi hati Fatin. Tiba-tiba, telefon bimbit Fatin berbunyi menandakan ada SMS masuk. Cepat-cepat dia mencapai telefon jenama Motorola itu. Mesej daripada Fizt;
‘Hai, Fatin! Wat pe tu? Ganggu tak?’
Fatin tersengih lebar membaca SMS itu. Dapat Syahida agak siapa yang menghantar SMS itu.
“Fiztlah tu!”
Fatin menjeling sambil mula menaip balasan untuk Fizt.
“Ini satu lagi yang aku tak paham. Chatting ngan Cute Prince, SMS ngan Fizt, tapi suka kat Hafiz. Yang mana satu kau nak ni sebenarnya ni?”
“Cute Prince ngan Fizt kawan aku. Hafiz tu pula... lelaki yang aku suka,” jawab Fatin sambil menunggu balasan Fizt.
“Cam playgirl je!”
“Hisy... mana ada! Aku kawan je lah ngan dorang tu. Tak baik tau tuduh aku cam tu!” Fatin memuncung. Tapi muncung itu cepat sahaja bertukar menjadi sengihan sebaik sahaja membaca balasan SMS daripada Fizt. Tapi sekejap sahaja kerana mukanya bertukar riak pula. Riak terkejut!
“Hah... apasal pula?” sergah Syahida, pelik melihat reaksi Fatin. Tadi senyum bukan main, sekarang berkerut pula!
“Fizt... dia nak jumpa aku,” ujar Fatin, memandang Syahida menagih kata putus.
“Dah tu, jumpa ajelah! Apa susah?” Selamba Syahida menjawab. Dia tersenyum, senyuman yang penuh misteri.
“Aku takutlah, Ida! Kalau dia orang jahat, camne?”
“Hai... baru sekarang nak takut? Habis tu yang kau duk SMS ngan dia selama ni, tak takut pula, ya?” sindir Syahida. Fatin terdiam. Hendak tergelak Syahida melihat wajah monyok itu. Tapi, apa yang mampu dia lakukan?
.....
“IDA! Cute Prince nak jumpa aku juga! Cam ne ni?” Fatin melompat turun dari katil, mendapatkan Syahida yang baru sahaja masuk ke bilik. Riak wajah Syahida selamba, seolah-olah tidak bimbang langsung dengan masalah Fatin.
“Jumpa je lah...” Dia terus menonong ke katil. Mencampak beg galasnya sebelum terus terlentang.
“Masalahnya sekarang, dia ajak aku jumpa kat tempat sama dengan tempat yang Fizt pilih,” ujar Fatin. Dia duduk di sebelah Syahida, mempamerkan wajah simpati.
“Hari pun sama?”
Fatin angguk.
“Minta tukar hari lain.”
“Tak boleh. Dia cakap, kalau aku tak nak jumpa dia, dia tak nak kawan ngan aku lagi. Aku tak naklah camtu,” luah Fatin lagi. Dia benar-benar dalam dilema. Cute Prince atau Fizt?
“Kalau aku kata Hafiz ajak kau jumpa juga cam ne?”
“Hah?” Mata Fatin terbeliak luas. Syahida ketawa terkekeh-kekeh.
“Just kidding!”
Fatin menjeling. “Tolonglah aku, Ida...” Dia merayu pula. Syahida mengeluh.
“Okeylah, cam ni... kalau kau takut sangat biar aku teman kau jumpa dorang. Kita jumpa dua-dua sekali. Okey?” cadang Syahida, tidak sanggup lagi melihat wajah keruh sahabatnya itu.
“Betul ke?”
“Betullah!”
Fatin melonjak kesukaan. Tubuh Syahida dipeluknya. “Thanks, Ida. Aku sayang kau!”
“No sweat!”
.....
SUDAH hampir setengah jam mereka menunggu di taman itu tetapi insan yang dinanti belum menampakkan muka. Fatin sudah memaklumkan pada kedua-duanya dia akan memakai blaus warna merah jambu, dan jeans hitam. Rambutnya pula dibiar lepas bebas. Menurut Cute Prince, dia akan memakai kemeja T lengan panjang warna biru dan juga berseluar jeans hitam. Manakala Fizt tidak menyatakan dengan tepat pakaian yang mahu dikenakan cuma memberitahu dia akan memakai topi Nike.
Fatin melilau-lilaukan matanya ke sekeliling taman itu, mengharap insan yang ditunggu bakal muncul. Tiba-tiba, dia terpaku saat matanya menjamah sesusuk tubuh yang sedang berjalan ke arahnya dan Syahida. Apa lelaki itu buat di sini?
“Ida, itu bukan ke...”
“Hai, Hafiz!” Syahida menegur sambil tersenyum lebar.
“Hai! Sorry lambat,” ucap Hafiz. Dia berpaling pada Fatin sebelum melemparkan senyumannya pada gadis itu.
‘Cutenya!’ detik hati Fatin.
“So, tugas aku dah selesai. Pandai-pandailah kau ye...” Syahida mengenyit matanya pada Hafiz sebelum berlalu.
“Ida...” Fatin cuba memanggil namun Syahida buat-buat tidak dengar.
“Lama ke awak tunggu? Sorry eh?”
“Err... apa awak buat kat sini?” tanya Fatin gugup. Inilah kali pertama dia bercakap dengan Hafiz secara empat mata. Sebelum ini, dia hanya berani memandang dari jauh.
“Kan kita dah janji?” soal Hafiz.
“Hah?” Fatin pelik. Bila masa pula dia mengatur janji dengan Hafiz? Hafiz mengeluarkan telefon bimbit jenama Nokia dari poket jeansnya. Dia menekan-nekan panel telefon. Sesaat kemudian, telefon bimbit Fatin berdering. Cepat-cepat dia mengeluarkannya dari poket seluar. Nama ‘FIZT’ tertera di skrin. Dia mendongak memandang Hafiz dengan seribu kerutan di muka.
“Cuba awak tengok pakaian saya hari ni...” suruh Hafiz. Fatin memandang penampilan Hafiz dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kemeja T biru, jeans hitam dan... topi Nike! Adakah Hafiz...
“Kalau awak nak tahu, sayalah Cute Prince dan Fizt, kawan awak tu,” jelas Hafiz. Dia tersenyum lagi, menayangkan giginya yang tersusun cantik. Fatin targamam tanpa kata. Sungguh, dia terkejut dengan kenyataan yang baru didengar itu. Bermakna, selama ini dia sering meluahkan masalah dan segala gundah-gulana pada Hafiz, lelaki yang amat disukai itu? Oh... tidak! Malunya!
“Tapi camana...”
“Saya dapat nombor handphone dan alamat e-mail awak daripada Syahida,” ujar Hafiz lagi.
“Syahida? Maksud awak... kawan saya tu?” Fatin terkejut lagi. Hafiz angguk. Fatin menekup mulutnya. Ida... pandai kau berlakon selama ni!
“Fatin, sudikah awak menjadi kekasih saya?”
Fatin terkesima!

(p/s : Terima kasih kepada Fatin (Kawan aku) kerana sudi meminjamkan nama untuk dijadikan watak dalam cerpen tak seberapa ni. Ini cerpen kedua aku. Harap, tak terkurang sangat...)

Sunday, February 14, 2010

Cinta Seorang Penulis

Syazlina duduk termenung sambil menatap skrin lap topnya. Otaknya ligat berfikir untuk membuat sambungan novel yang sedang digarap. Cam ne nak sambung ek? Kering idea la....
Dia mengeluh. Pandangan dilontarkan ke sekeliling taman itu. Waktu petang begini, memang ramai pengunjung yang datang berkunjung di taman itu. Ada yang melepak, ada yang berkelah bersama keluarga dan ada yang ber’dating’. Dia mencebik, meluat melihat pasangan yang bercinta yang saling berpelukan itu. Tak tau adab langsung!
“Hai, sorang je?” tegur satu suara. Syazlina berpaling ke arah suara serak itu datang. Seorang lelaki kacak sedang tersenyum manis memandangnya. Dia terpegun seketika. Mak oi... hensem giler! Cair aku....
Lelaki itu mendekatinya. Dengan selamba dia duduk di depan Syazlina. “Buat apa ni?” Dia menyoal, masih dengan gaya selamba. Syazlina gugup seketika. Tidak tahu harus menjawab apa. Alah... aku ni bukan peramah pon...
“Saya Zafirul. Panggil Firul je,” ujar lelaki itu. “Awak?”
“Syazlina.” Perlahan Syazlina menjawab. Zafirul mengangguk-angguk.
“Boleh saya panggil Syaz?”
“Syaz?”
Zafirul mengangguk. “Awak buat apa ni? Dari tadi saya tengok cam ade prob je... nak saya tolong?” dia menawarkan bantuan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Syazlina tersenyum lega.
“Saya tengah tulis novel ni. Tapi, dah kering idea. Tak tau cam ne nak sambung.”
“Awak ni penulis ke? Saya ingatkan awak student lagi,” ujar Zafirul dengan riak terkejut. Sebenarnya, sudah lama dia memerhatikan gadis itu sebelum ini. Setiap petang, dia pasti datang dengan membawa lap topnya. Dia mahu menegur tapi tidak berkesempatan. Cuma kali ini dia berlagak berani. Takut terlepas....
“Memang saya student. Tapi, menulis ni dah jadi hobi saya,” jawab Syazlina.
“Oh... ya ke?” Zafirul tergelak sedikit. “Hmm... awak tulis cite apa?”
“Cite tentang persahabatan yang bertukar jadi hubungan cinta. Tapi si hero ni tak berani nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya perlukan satu peristiwa yang membolehkan dia luahkan perasaannya,” jawab Syazlina panjang lebar. Peramah pula aku ni....
Zafirul merenung pohon tinggi di depannya. Mencari-cari idea kalau-kalau dia boleh menbantu si gadis manis ini. Idea... menjelmalah dikau!!!!
“Hah!” Dia tiba-tiba memetik jarinya. Syazlina terkejut. Hisy mamat ni... nasib baik aku tak de sakit jantung....
“Macam mana kalo awak ciptakan satu lagi watak lelaki yang tiba-tiba jatuh hati kat si pompuan tu. Hero dia tu pun gelabahlah. Nak tak nak, dia kena bagitau juga...”
Zafirul tersenyum puas. Mudah-mudahan ideanya diterima.
Hmm... Syazlina berfikir-fikir. “Not bad idea tu. Thanks, ya?” Dia tersenyum manis. Dan senyumannya itu menawan hati Zafirul. Ahh... aku dah jatuh cinta ke?
.....
Sudah hampir sebulan Syazlina tidak menjejakkan kaki ke taman kesukaannya itu. Dia sibuk membuat persiapan peperiksaan akhirnya. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. Kini, dia mampu tersenyum lebar.
Dia berjalan-jalan mengelilingi taman itu. Agak berbeza kali ini kerana dia tidak membawa lap top bersama. Sambil itu, matanya meliar mencari-cari kelibat ‘seseorang’. Ke mana dia, ya? Tak datang ke hari ni? Dia mengeluh bila yakin ‘seseorang’ itu tidak ada di situ. Dia sebenarnya amat berharap dapat bertemu lelaki itu sebelum pulang ke Terengganu. Malam ini, bumi Perak akan ditinggalkan. Dia bergerak ke arah sebuah pohon. Rantai emas putih di leher ditanggalkan. Rantai yang tertulis ‘SYAZ’ itu baru sahaja dibeli. Entah kenapa, dia berasa tertarik dengan nama itu. Dan, hanya seorang sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. ‘seseorang’ yang entah di mana. Tanah di sekitar pohon itu digali lalu dia meletakkan rantai itu di situ. Tanah itu dikambus semula. Dia bangun, menepuk-nepuk tangan, membuang sisa-sisa habuk. Biarlah rantai itu di situ. Dia tidak mahu melupakan bumi Perak ini. Oleh itu, biarlah rantai itu menjadi alat penghubung untuk menghilangkan rasa rindu pada si ‘dia’. Satu hari nanti, dia pasti akan kembali. Moga-moga ‘rantai’ itu masih setia menanti...
.....
Kedai buku MPH itu sudah dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung yang datang untuk menemui penulis-penulis novel tanah air. Dan Syazlina adalah antara penulis yang turun padang untuk bertemu para penggemar novel. Novel pertamanya, Cinta Milik Kita mendapat sambutan yang menggalakkan. Dan itulah novel yang digarap dengan bantuan ‘seseorang’. Dia ingin sekali bertemu lelaki itu bagi mengucapkan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan tapi sehingga kini bayangan lelaki itu masih gagal dijejaki. Ke manalah agaknya lelaki itu menghilang?
“Hai!” Tegur satu suara. Syazlina berpaling. Bulat matanya memandang seraut wajah kacak di depannya. Zafirul? Betulkah ini Zafirul?
“Ingat saya lagi?” Zafirul tersenyum manis.
“Za... firul?”
Zafirul angguk.
“Tahniah untuk novel awak tu. Memang best!” ucap Zafirul. Syazlina tidak tahu mahu menjawab apa. Yang pasti, hatinya teruja melihat kemunculan Zafirul di situ. Tapi, sedikit menyedihkan kerana reaksi lelaki itu tidak seperti yang diharapkan. Lelaki itu seolah-olah tidak kisah bertemu dengannya. Ahh... mungkin aku aje yang perasan selama ni...
“Thanks. Semua ni atas bantuan awak juga. Remember, you gave me the idea?” balas Syazlina, cuba berlagak biasa.
“Tak delah. Saya tolong sikit je...” Zafirul merendah diri. Syazlina baru sahaja mahu menjawab ketika dia tiba-tiba diserbu oleh sekumpulan gadis remaja.
“Kak Syazlina! Kak Syazlina!”
Kelam-kabut Syazlina melayan kerenah peminat-peminatnya. Rasa bangga menyelit sama. Sebaik sahja peminatnya beredar, dia kembali berpaling. Tapi... eh, mana dia? Tertinjau-tinjau kepalanya mencari-cari kelibat Zafirul tetapi tiada. Dia mengeluh hampa. Hilang lagi....
.....
Novel kedua syazlina, Air Mata Cinta telah selamat diterbitkan. Tidak sabar rasanya menunggu komen dan reaksi peminat. Takut juga kalau ada yang ‘menghentam’. Sebenarnya, untuk novel kedua ini, dia mengarang kisah antara dia dan ‘seseorang’. Tapi, pengakhirannya digubah kerana kisahnya dan ‘seseorang’ itu tiada penyudahnya. Nama watak-watak turut diubah. Macam manalah reaksinya nanti bila membaca novel itu?
“Woit... menung je... ingat sape?” sergah teman serumahnya, Suhada. Syazlina tersengih cuma. Melihat reaksinya itu, Suhada sudah tahu apa yang bermain di fikirannya.
“Udah-udahlah tu, Lina. Entah-entah mamat tu dah kawen pon...” ujar Suhada. Matanya lurus ke skrin TV.
“kau rasa... dia dah kawen ke?”
“Entah... tapi tak mustahil, kan?” jawab Suhada, masih mengadap TV. Syazlina buat muka. Biarlah... nak buat camana? Mungkin dah bukan jodoh aku dengan dia....
.....
Setelah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki ke taman ini, akhirnya Syazlina datang juga. Datangnya untuk mencari ‘seseorang’ di samping untuk menuntut rantai yang telah lama ditinggalkan. Masih ada lagi atau tidak rantai itu. Entah-entah, dah dicuri orang....
Syazlina berjalan ke arah sebuah pohon. Dia masih ingat pohon itu. Pohon yang telah ‘diamanahkan’ untuk menjaga rantainya. Dia duduk bertinggung di situ lalu mula mengorek tanah. Tapi... tiada! Syazlina cemas. Dia bangun, mengelilingi pokok itu sambil kakinya menguis-nguis tanah. Namun hampa. Rantai itu sudah hilang! Dia terduduk sedih.
“Cari ni?”
Syazlina tersentak. Dia berpaling. Terkejut dia melihat Zafirul di situ. Lebih memeranjatkan, lelaki itu sedang memegang rantainya! Dia bangun, merenung Zafirul dengan rasa tidak percaya.
“Macam mana rantai tu boleh ada dengan awak?” soal Syazlina.
Zafirul tersenyum. Dia menghampiri Syazlina lambat-lambat. Kemudian, rantai yang terukir nama ‘SYAZ’ itu dipakaikan ke leher Syazlina. Syazlina kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.
“Pandai awak pilih pokok. Memang ni pokok favourite saya. Setiap kali datang sini, memang saya akan duduk bawah pokok ni sambil main gitar,” ujar Zafirul. Syazlina terkebil-kebil memandangnya.
“Macam mana awak tau rantai ni saya punya?”
“Nak tau satu cerita?”
.....
Zafirul ternampak kelibat seorang gadis sedang duduk bertinggung di tepi sebuah pohon. Gadis itulah yang telah berjaya menambat hatinya. Dia mahu memanggil namun wajah serius ayahnya di sebelah membuatkan niatnya mati. Sebentar lagi, dia akan berlepas ke Jepun untuk meneruskan pengajian di peringkat ph.D. Lalu, dia hanya mampu memandang gadis itu dengan pandangan sayu....
.....
“Bukan saya saja nak elakkan diri. Tapi keadaan yang memaksa saya buat macam tu,” ucap Zafirul. Syazlina tertunduk mendengar cerita itu. Apa lagi yang mampu dikatakannya?
“Syaz, kalau boleh, saya nak jadikan cerita yang awak karang tu satu realiti. Dan kalau awak sudi, saya akan tunggu awak di bawah pokok ni lepas saya tamat belajar nanti......”
.....
Hujan masih galak menyimbah bumi. Walaupun tidak disertai dengan kilat dan petir, ia cukup untuk menggerunkan hati yang mendengar dan melihat. Syazlina memandu Vios kesayangannya dengan kelajuan sederhana. Dia cemas. Waktu yang dijanjikan sudah terlewat hampir dua jam. Kalau tidak kerana jalan yang sesak pasti dia sudah selamat sampai. Lebih teruk, bila jalan agak licin akibat hujan lebat. Dia mengerling jam di dashboard, sudah hampir pukul enam petang. Mujur dia sudah berhenti solat di masjid tadi. Jadi, tidak perlulah dia risau lagi. Walaupun sudah dipujuk hatinya supaya tenang, dia tetap berasa bimbang. Macam mana kalau Zafirul putus asa menunggu lalu terus pulang ke rumah? Pasti dia akan menyesal seumur hidup. Firul... tunggu saya....
Ketika sampai, hujan sudah berhenti. Syazlina cepat-cepat menuju ke tempat yang dijanjikan. Namun, hampir menitis air matanya bila orang yang dicari tiada di situ. Dia terduduk sedih. Ya Allah... aku terlambat ke? Kolam matanya terasa panas. Bila-bila masa saja kolam itu akan pecah lalu mengalirkan airnya.
Tiba-tiba dia terdengar satu suara sedang menyanyi diiringi dengan petikan gitar.
“bagaimanakah lagi untuk aku buktikan,
selamilah pada kejujuranku,
jadikanku arjuna, arjuna di hatimu,
percayalah oh puteri....”
Syazlina bangun. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuh. Zafirul sedang tersenyum memandangnya.
“Kenapa lambat? Penat saya tunggu...” Jelas, tiada riak kemarahan di wajah itu. Syazlina tergamam untuk beberapa detik.
“Maaf...” Dia menunduk. Air mata di pipi disapu. Zafirul mendekat.
“Hari tu saya kata saya akan tunggu awak bawah pokok ni. Dan sekarang ni penantian saya berhasil. Walaupun tadi saya takut sangat awak tak datang. Tapi akhirnya awak datang juga,” ujar Zafirul. Wajah Syazlina direnung dalam-dalam.
“Saya datang sebab....” Syazlina tidak mampu meneruskan ayatnya. Sebetulnya, dia malu! Zafirul tergelak kecil. “Awak sudi?”
Syazlina tersenyum nipis. Kemudian, dia mengangguk. Zafirul melonjak kegirangan. Yessss!!!!!
-the end-

(p/s : Cinta tak perlu dicari. Ia akan hadir dengan sendirinya. Walaupun insan yang kita sayangi telah pergi jauh dari hidup kita. Tetapi kalau ada jodoh, cinta pasti U-TURN!)

Friday, February 12, 2010

Jejaka jambu? Not my taste!

“Hui... penatnya!” keluh Kaisara sebaik keluar dari gelanggang futsal. Air di dalam botol diteguk rakus. Kemudian, dia mengambil tuala untuk mengelap peluh yang meleleh di dahi dan leher.
“Nanti nak main lagi?” soal Diana lalu duduk di sebelah Kaisara.
“Esok-esoklah! Tak larat aku nak main lagi,” jawab Kaisara dengan suara sedikit mengah.
“Yelah, bukan sekarang maksud aku!” jegil Diana. Kaisara tersengih.
“Weh, jom balik! Aku nak tengok TV pula lepas ni.” Kaisara mula mengemas barang-barangnya.
“Cerita apa petang-petang macam ni?” Diana ikut mengemas.
“Slot Akasia.”
“Itu bukan lagu The Faboulos Cats ke?” Diana bertanya bodoh.
“Slot Akasia TV3 tulah!” Kaisara menjegil geram.
Diana tersengih malu. Dia terus membuntuti langkah Kaisara untuk ke tempat parkir kereta. Sampai di Honda City berwarna silver, Kaisara menekan penggera kereta. Pintu kereta dibuka tapi...
“Eh, apsal tak boleh buka ni?” Kaisara separuh terjerit.
“Ha’ahlah! Tak boleh buka,” sahut Diana pula.
Kaisara mencuba sekali lagi tapi tetap tidak berjaya.
“Excuse me, cik adik berdua, kenapa ni?” tegur satu suara. Kaisara dan Diana berpaling serentak. Seorang jejaka jambu sedang memandang mereka dengan pandangan pelik.
“Apa awak berdua buat dengan kereta saya ni?” soal lelaki itu.
Mata Kaisara terbuntang sementara Diana terpinga-pinga.
“Kereta awak?”
“Yes!” jawab lelaki itu yakin.
“Ini kereta sayalah,” sanggah Kaisara.
Diana mengangguk sokong. Lelaki itu tersenyum. Dia berjalan ke arah depan kereta.
“Tengok ni, 101. Ini kereta saya,” ujarnya sambil menuding ke arah nombor pendaftaran kereta. Kaisara dan Diana memandang ke arah yang sama.
“Kereta saya pun 101 jugak!”
“Mana boleh! Ini kereta saya,” tegas jejaka jambu itu.
“Kereta sayalah!” Kaisara tidak mahu mengalah.
“Err... Sara, kereta kau bukan 110 ke?” celah Diana teragak-agak. Kaisara berpaling ke arah Diana. Mukanya berkerut. 110? Bukan 101 ke? Lelaki di depannya sudah melepaskan tawa.
“Cik, 110 ada kat sebelah tu,” tunjuk lelaki itu. Kaisara dan Diana berpaling ke arah kereta di sebelah. Darah panas terasa menyerbu ke muka Kaisara. Ya Allah... macam mana boleh silap ni?
“Kalau tak percaya, cuba tekan kunci kereta tu,” suruh lelaki itu pula.
Tanpa banyak soal, Kaisara menurut sahaja. Memang benar, kereta di sebelah yang berbunyi. Ya Allah... malunya! Keasyikan berbual dengan Diana menyebabkan dia tidak sedar kaki mengarah ke kereta yang lain.
“Lain kali, tengok betul-betul. Jangan main terjah aje. Taulah kereta saya ni lagi bersih daripada kereta awak!” sindir lelaki itu sambil tergelak-gelak.
Kaisara tidak jadi masuk ke kereta. Berdesing telinganya mendengar sindiran pedas itu. Pintu kereta dihempas kasar.
“Eh, apa awak cakap? Ulang sekali lagi!”
Diana cuba menahan tapi Kaisara pantas menepis. Lelaki itu menaikkan keningnya dan meletakkan tangan di pinggang.
“Kenapa, tak betul apa saya cakap?”
“Memang tak betul! Awak ingat, kereta awak ni cantik sangat ke? Kereta saya seribu kali lagi cantiklah!”
“Sara, kereta kau dengan kereta dia sama ajelah!” sampuk Diana. Kaisara menjegil, mengisyaratkan agar dia diam.
Lelaki itu tergelak sinis.
“Maaflah ya, saya ada hal. Kalau nak perang, kita perang lain kali. Assalamualaikum...” Dia terus masuk kereta.
Diana cepat-cepat menarik tangan Kaisara sebelum sempat dia menahan lelaki itu. Sempat lelaki itu mengenyit matanya sebelum beredar. Kaisara hanya mampu mengetap gigi.
..................................................................................................................................
“Ady, cuba tengok gambar ni. Cantik tak?” Puan Hazimah menghulurkan sekeping gambar pada Ady. Dalam gambar itu, seorang perempuan sedang tersenyum riang. Macam pernah nampak, tapi di mana, ya? Detik hati Ady.
“Siapa ni, bu?”
“Inilah anak Mak Cik Bibah. Cantikkan?” tekan Puan Hazimah sambil tersenyum penuh makna. Dan, Ady dapat menangkap maksud senyuman itu. Pasti ibunya mahu memadankannya dengan gadis ini. Oleh itu, dia harus bijak mengelak.
“Biasa aje...” Mukanya selamba tanpa reaksi. Puan Hazimah menarik muka.
“Biasa apa? Cantiklah ni!” sanggahnya.
Ady mengeluh. “Ibu, terus terang ajelah. Tak payah kias-kias,” balasnya sambil anak mata terus tertancap di skrin TV.
Puan Hazimah menyimpul senyuman. “Ibu dah berkenan sangat dengan budak ni. Mak dia pun baik. Setuju ajelah, ya?”
Ady menoleh ke sisi. Mukanya jelas berbayang rasa tak puas hati.
“Bu, kan Ady dah cakap, Ady tak ready lagi nak kahwin. Apa ibu ni?”
“Bukan ibu suruh kahwin terus. Ambillah masa untuk berkenal-kenalan. Tak kenal, maka tak cinta.”
“Kalau ibu berkenan sangat, ibu ajelah yang kahwin!” bentak Ady bosan.
“Hisy, budak ni! Merepek pulak dia!” Puan Hazimah menjeling. Ini bukan kali pertama dia mencarikan jodoh untuk anak bujangnya ini. Sudah berkali-kali tapi Ady tetap menolak. Umur sudah menjangjau ke umur 28 tahun tapi masih belum berteman. Tambah merunsingkan, wajah Ady yang terlalu kebudak-budakkan menyebabkan ramai orang menganggapnya remaja belasan tahun walau hakikatnya, sudah layak bergelar suami! Semua orang menggelarnya jejaka jambu! Macam manalah Puan Hazimah mahu mendapat menantu jika keadaan ini berterusan?
“Ibu dah aturkan pertemuan dengan mak dia. Nak tak nak, Ady kena ikut ibu. Tiada kompromi!” putus Puan Hazimah. Ady melopong.
..................................................................................................................................
“Tak naklah, mak!”
“Jangan macam ni, Sara. Mak dah aturkan pertemuan. Kalau Sara tak pergi, malulah mak,” pujuk Puan Habibah.
Kaisara mengeluh. Kasihan pada emak tapi dalam masa yang sama dia tidak mahu berjumpa dengan lelaki yang langsung tidak dikenali itu. Macam manalah rupanya, ya? Jangan-jangan, jambu tak?
“Sara, Sara pergi ya? Kita pergi makan-makan je. Kalau Sara tak suka, kita balik terus. Okey?” pujuk Puan Habibah lagi. Harapannya, biarlah Kaisara bersetuju. Dia sendiripun pernah melihat anak teruna teman baiknya itu. Tapi, perebadi Puan Hazimah amat menarik hatinya untuk berbesan.
Kaisara mengerling ke arah emak. Boleh percaya ke janji emak tu?
“Sara setuju ya, sayang?” Puan Habibah masih berusaha. Sudahnya, Kaisara mengalah jua.
..................................................................................................................................
“Ady, inilah Kaisara, anak Mak Cik Bibah. Sara, ini Ady, anak mak cik.”
Ady dan Kaisara saling bertentang mata. Kedua-duanya terkejut.
“Awak???” Mereka saling menuding.
“Kenapa, dah kenal ke?” tanya Puan Habibah, hairan melihat reaksi kedua-dua teruna dan dara itu.
“Err... tak adalah! Cuma macam pernah nampak kat tempat Ady selalu main futsal tu,” jawab Ady separuh bohong. Patutlah aku macam kenal je tengok gambar dia hari tu...
Kaisara hanya diam. Anak matanya dialihkan ke arah lain. Mana mungkin dia lupa lelaki ini. Jejaka yang mentertawakannya tempoh hari!
“OH, ya ke?” Puan Hazimah teruja.
“Duduklah, kita makan sama-sama,” pelawanya kemudian.
Ady dan Kaisara duduk bertentangan. Mata Ady tidak lepas-lepas memandang ke wajah Kaisara. Gadis itu kelihatan amat cantik malam ini. Dengan blaus bewarna coklat separas lutut yang terbelah di kiri dan kanan, juga seluar jeans hitam, keayuannya jelas terserlah. Rambut panjangnya dilepas bebas. Amat berbeza dengan pakaiannya tempoh hari, t-shirt putih kosong yang mengikut bentuk badan dan track suit hitam. Rambutnya pula ditocang satu.
Kaisara perasan, mata Ady selalu hinggap di wajahnya tapi dia pura-pura tidak nampak walau gelora di hati hanya Tuhan yang tahu. Penampilan lelaki itu malam ini agak menggoyahkan imannya. Dengan kemeja lengan panjang, bercorak kotak-kotak merah hitam dan jeans hitam, dia kelihatan kacak biarpun wajahnya tetap jambu!
Tapi bila mengenangkan sindiran lelaki itu tempoh hari, segala pujian terhumban jauh di sudut hati. Hatinya masih sakit!
Makan malam di restoran Selera Nyonya hanya didominasi oleh perbualan antara Puan Hazimah dan Puan Habibah. Masing-masing rancak berbual hingga tidak sedar ada dua insan lain yang dalam kegelisahan di situ.
“Bu, Ady keluar jap, ya?” Ady meminta diri untuk keluar.
Kaisara hanya memandang langkah lelaki itu dengan ekor mata. Hatinya agak terasa dengan layanan dingin lelaki itu. Hisy... apa aku ni? Takkanlah tengok dia pakai kemas macam tu aku terus jatuh hati?
Mustahil! Aku kan tak suka lelaki jambu! Dia menggeleng-geleng.
“Kenapa, Sara?” tegur Puan Hazimah.
Kaisara tersengih kelat. “Tak ada apalah.”
“Pergilah keluar. Borak-borak dengan Ady tu,” suruh Puan Hazimah pula.
Kaisara mahu mengatakan ‘tak nak’ tapi bibirnya seakan lumpuh untuk memuntahkan kata.
..................................................................................................................................
“Tak sangka, ya? Kecilnya dunia ni.” Suara Kaisara mengejutkan Ady yang sedang termenung jauh.
Dia menoleh ke belakang sekilas sebelum kembali menatap langit malam.
“Saya pun tak sangka perempuan yang ibu nak saya jumpa tu awak,” balas Ady mendatar.
Kaisara menjuih. “Oh maknanya, kalau awak tahu perempuan tu saya, awak tak nak datanglah?”
“Semestinya!” jawab Ady pantas tanpa sedar perkataan itu mencalarkan hati Kaisara.
Kaisara tidak tahu kenapa dia mesti merasa kecewa dengan jawapan Ady. Bukankah sepatutnya dia gembira?
“Baguslah! Saya pun tak nak jumpa awak.” Namun, getar pada suara tidak dapat disembunyikan. Ady berpaling.
“Really? Nampaknya, kita kena terus terang pada parents kita sebelum diorang pasang angan-angan nak tengok kita sanding,” cadangnya serius.
Kaisara merasakan kolam matanya panas.
“Great idea! Bukan aje sanding, nikah pun diorang tak sempat nak mimpi.” Dia berpaling dan bersedia masuk semula ke dalam restoran.
“Kaisara, tunggu!”
Langkah Kaisara mati.
“Kenapa awak nampak macam tak happy? Awak tak suka ke dengan cadangan saya?” soal Ady bersahaja. Dia dapat lihat, wajah Kaisara mendung dan kelam. Lebih kelam daripada langit malam ini.
Kaisara tertawa kecil. “Kenapa saya nak kena sedih? Saya happy! Saya harap lepas ni kita tak jumpa lagi. Besides, you’re not my taste!” Kemudian, dia terus masuk ke restoran.
..................................................................................................................................
“Sara rasa baik mak batalkan impian mak nak tengok kitorang nikah,” ujar Kaisasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Tapi kenapa?”
“Kitornag tak serasi. Sara tak cintakan dia. So the best thing is, batalkan aje!” ujar Kaisara tegas. Namun begitu, hatinya tetap terasa ngilu. Ya Allah... apa dah jadi pada aku ni? Aku tak cintakan dia!!! Hatinya menjerit.
“Tapi mak dah suka dengan Ady tu. Pandai hormat orang tua.” Puan Habibah cuba memujuk. Kaisara menggeleng.
“Mak, muka jambu macam tu, mana sesuai jadi laki orang. Macam budak-budak!”

Hisy, Sara! Tak baik cakap macam tu!
“Betullah Sara cakap! Umur dah dekat 30 tapi muka macam budak umur 18. Tak sesuai dengan Sara,” ujar Kaisara selamba sedangkan dalam hati, hanya Dia yang tahu. Lelaki yang dikatakan macam budak-budak itulah yang telah menambat hatinya. Tapi, dia tidak mahu mengaku!
“Takkanlah sampai macam tu?”
“Kenyataan, mak...” balas Kaisara sepi.
..................................................................................................................................
“Mamat jambu yang kutuk kereta kau hari tu? Yang muka macam Taguchi Junnosuke tu?” Mata Diana terbuntang. Tidak percaya dia mendengar cerita Kaisara. Macam dalam novel!
Kaisara mengangguk. Wajahnya berbayang duka.
“Kau dak tersuka kat dia ke?” tanya Diana.
Kaisara diam. Diana memeluk bahunya.
“Sara, cakaplah. Kau suka dia, eh?”
Kaisara mengeluh. “Aku tak tau, Dian. Tapi, aku rasa sedih sangat bila dia cakap dia tak nak jumpa aku,” luahnya. “Kenapa aku rasa macam tu, Dian?” Lengan Diana dipegang. Dia perlukan jawapan pasti.
“Sara, aku pun tak tau. Mungkin betullah kot kau suka dia...”
“Tak mungkin! Kau pun taukan, aku tak minat mamat jambu macam tu!” bantah Kaisara meskipun hatinya ragu dengan kata-katanya sendiri.
“Dah tu, perasaan apa yang melanda kau ni?” Diana bingung. Kaisara menjongket bahu.
“Eh, team kita dah ready. Jom main!” Diana segera menarik tangan Kaisara ke tengah gelanggang futsal.
..................................................................................................................................
Permainan hari itu amat tidak menyeronokkan bagi Kaisara. Dia seolah-olah hilang fokus. Setiap kali bola datang ke arahnya, dia pasti akan mengelak. Seolah-olah takut untuk menendang bola. Padahal sebelum ini, dialah antara pemain terhandal di gelanggang futsal ini. Tapi hari ini dia seperti baru pertama kali bermain.
Kaisara berhenti di tepi gelanggang. Diana menghampirinya.
“Sara, kau okey tak ni? Nampak macam tak okey je...” tegur Diana.
Kaisara cuba tersenyum.
“Aku okey, janganlah risau.”
Diana angguk sahaja kemudian kembali ke tengah gelanggang. Tiba-tiba mata Kaisara terpaku pada wajah seseorang di luar gelanggang. Ady! Lelaki itu sedang merenung ke arahnya. Untuk beberapa detik, mereka saling berpandangan. Tiba-tiba...
“Sara!!!”
Buk! Sebiji bola mengenai kepala Kaisara.
“Aduh!” Kaisara menggosok-gosok kepalanya. Sakit!
“Sara, kau okey?” Diana mendekat. “Sorry, aku tendang kuat sangat. Aku ingat nak bagi kau bola tu. Kau okey tak ni?”
“Tak apa, tak apa, aku okey.” Kaisara tersenyum pahit.
“Kalau tak okey, kita break kejaplah,” cadang Diana. Tak sedap hati pula dia jadinya.
“Tak apa, aku okey. Jom!” Kaisara berlari ke tengah padang.
..................................................................................................................................
Ady tersandar di kepala katil. Fikirannya berserabut. Hatinya tidak pernah tenang selepas makan malam tempoh hari.
Sudah jatuh hatikah dia pada gadis itu?
Dia mengeluh. Sejak akhir-akhir ini, hanya wajah mulus Kaisara yang menghiasi mindanya. Masih terbayang kelincahan gadis itu setiap kali bermain futsal. Tapi, kelincahan itu seakan surut petang tadi. Kenapa, ya?
Adakah dia rasa apa yang aku rasa? Jatuh cinta pandang kedua?
Melihat gadis itu terkena bola tadi, dia jadi tidak tentu arah. Mahu sahaja dia menerpa ke arah gadis itu tapi perkara itu amat mustahil untuk dilakukan. Bukankah Kaisara sendiri pernah berkata tidak menemuinya lagi? Jadi, untuk apa dia menonjolkan diri? Tambahan pula, dia bukan citarasa Kaisara!
..................................................................................................................................
“Sara, we need to talk!”
Kaisara yang sedang berborak dengan teman-teman berpaling. Hilang senyuman di bibir saat terpandangkan jejaka jambu itu. Dia mengerling ke arah teman-teman yang mula berpandangan sesama sendiri.
“Bincang apa? Kan kita dah settle?”
“Tak! Masih ada lagi yang belum selesai,” bangkang Ady.
Dia nekad bersemuka dengan Kaisara hari ini. Dia perlu tahu ‘penyakit’ apa yang melandanya sejak belakangan ini.
“Apa?”
“Saya nak tau perasaan awak pada saya!”
Tergaris senyuman sinis di bibir Kaisara. “Betul nak tau?”
Ady tidak menjawab. Hanya matanya tekun menatap wajah Kaisara.
“Perasaan tak suka, benci, menyampah, meluat, semua ada!” ujar Kaisara, terang dan jelas.
Ady terkedu. Kaisara mengalih anak mata ke arah lain. Tidak mahu Ady membaca ‘pembohongan’nya.
“Saya tak percaya!”
“Terpulanglah pada awak! Saya tak paksa.”
“Sara, tolong jujur dengan saya. Be honest to me,” pinta Ady dengan suara melirih.
Kaisara menguatkan hati. Matanya sudah terasa panas.
“Saya dah cakap perkara yang betul. Apa lagi yang awak nak?”
“Saya nak tau perasaan awak!”
“Kan saya dah cakap?”
“Saya tak percaya! Saya tau, awak cintakan saya, kan?”
Jantung Kaisara berdetak. Teman-teman yang lain mula berbisik sesama sendiri.
“Yakinnya awak!”
“Ya!”
Kaisara menentang pandangan Ady dengan berani.
“Jangan perasan boleh tak? Saya tak ada perasaan apa-apa pun pada awak!” tegasnya.
“Tipu! Saya tak percaya.”
“Terpulang!”
“Kita lawan!”
“Hah?” Kaisara terkejut. Lawan?
“Kita lawan. Kalau awak menang, saya janji saya takkan kacau awak lagi. Tapi kalau saya menang, awak kena mengaku perasaan sebenar awak pada saya!” cabar Ady.
Buat beberapa saat, mereka saling berpandangan. Kaisara menimbang tara ‘tawaran’ Ady.
“Baik, kita lawan!” sahutnya berani.
Teman-teman yang lain terkejut. Diana menghampiri Kaisara.
“Sara, dia ni pro kan sini. Takkan kau nak lawan dia? Dah habis fikir ke?” bisiknya rapat di telinga Kaisara.
Keyakinan Kaisara agak goyah mendengar kata-kata Diana tapi dia tidak mahu menjilat ludah sendiri.
“Kita lawan!” putusnya lantas beredar ke gelanggang.
Diana melopong. Sementara Ady tersenyum sinis.
..................................................................................................................................
Di tengah gelanggang, hanya ada Ady dan Kaisara beradu kehebatan. Kaisara sudah berasa penat tapi dia tidak mahu berhenti.
Setakat ini, tiada satu gol pun berjaya disumbat. Ady cukup cekap menangkis tendangannya. Yang peliknya, Ady tidak pula menyumbat gol walaupun berpeluang. Dia hanya menahan pergerakan Kaisara.
Rakan-rakan yang lain tekun menonton di luar gelanggang. Seakan menonton perlawanan bila sepak antara negara.
Entah macammana, kaki Kaisara tersadung dengan kaki Ady. Terjelopok dia jatuh.
“Aduh!” Kaisara memicit pergelangan kakinya yang terasa ngilu. Ady menghampiri Kaisara.
“Awak okey?”
Kaisara tidak menjawab. Dia tunduk merenung kaki sendiri.
Ady menarik kaki Kaisara tanpa sempat Kaisara menghalang. Kasut gadis itu ditanggalkan. Kemudian kaki itu diurut.
Ketakkk!
“Sakit!” Air mata Kaisara menitis.
Tumpah simpati Ady melihatnya begitu. Tanpa sedar, jarinya menyapu air hangat itu.
Rasa terharu menyelinap di hati Kaisara. Sungguh, dia tidak kuat untuk menipu diri sendiri. Dia memang sudah jatuh hati pada jejaka jambu ini!
“Nampaknya, kita seri. 0-0. Macam mana ni?” tanya Ady.
“Tak payahlah saya beritahu perasaan saya, ya?” balas Kaisara.
Ady tersenyum. “Maknanya, awak belum beritahu perasaan awaklah?” jeratnya.
Muka Kaisara berkerut. Tidak memahami maksud Ady.
“Maknanya, apa yang awak beritahu tadi semua tipulah?”
Kaisara menunduk. Wajahnya memerah. Malunya! Macam mana boleh silap cakap ni?
“So, apa perasaan awak yang sebenarnya?” tanya Ady lagi.
“Awak tanya saya, habis perasaan awak macam mana pula?”
“Awak nak tau?”
Kaisara mengangguk.
“Saya... cintakan awak,” ucap Ady perlahan tapi masih mampu didengari oleh Kaisara. Bertambah merah mukanya.
“Awak?” Ady menagih jawapan Kaisara.
Kaisara menggigit bibirnya. “Saya... saya pun... cin... cintakan... awak...” Perlahan sekali, hampir-hampir tidak kedengaran.
Ady tersenyum puas. Lega!
“Jom keluar!”
Ady membantu memapah Kaisara untuk keluar dari gelanggang.
“Hmm... nampaknya taste kau dah berubah...” sindir Diana sebaik sahaja mereka keluar dari gelanggang.
“Taste?” Ady pelik.
“Taste tak suka jejaka jambu!” Diana tergelak riang.
“Oh...”
-tamat-

(p/s : Jangan menilai seseorang dari luaran. Kenali dulu hati budinya. Kata orang, tak kenal maka tak cinta...)

Friday, January 8, 2010

Bebunga Kasih...


KAGUM. Tu je mampu aku katakan untuk keseluruhan isi novel ni. Aku memang dah lama teringin nak baca novel ni. Sejak tahun lepas lagi. Tapi tak sempat sebab sekolah dah nak tutp masa tu. So, aku pun postpone tahun ni. Tak apalah... asalkan dapat baca. Walaupun berkali-kali aku di'sound' oleh mak aku sendiri, aku pekakkan telinga. Aku tak kira, yang penting habis!

Watak hero, Syed Zarif Hafizi, aku tak taulah nak gambarkan macam mana. Dia baik sangat bagi aku. Cuma part yang mula-mula masa kat sekolah tu, dia 'nakal' sikit. Tapi dia macam tu sebab dia suka kat si Dya ni. Kira macam bagi hint la.... Tapi Dya pula tersalah anggap. Sampai dia benci sangat pada Zarif ni...

Sungguh... aku kesian sangat dengan si Dya ni. Jadi mangsa kekejaman lelaki kat dunia ni! Kenapalah lelaki-lelaki dalam novel ni jahat sangat? Jawapannya, ada pada Kak Hani. Terima kasih Kak Hani sebab sudi membalas emelku! Cewah... sempat lagi berbangga ni.. hekhek...

Aku sanggup tidur lewat semata-mata nak habiskan novel ni. Pula tu, aku baca dalam keadaan gelap, yang hanya diterangi oleh lampu handphone. Aku tak boleh buka lampu bilik sebab adik aku tengah tidur. Nanti dia terjaga pula. So, aku pun guna lampu handpone je la. Aku pula memang sengaja pilih waktu malam sebab masa tu sunyi. Kira boleh feel lah... hehehe......

Aku nak cerita betapa besarnya pengorbanan aku nak habiskan satu novel ni. Kadang rasa geram, rasa sakit hati, benci, kesian, sedih. Pernah aku rasa macam nak baling je novel ni. Tapi bila fikir novel ni bukan aku punya, terus aku batalkan niat tu. Kalau novel aku punya pun... belum tentu aku baling! Ceh... cakap taks serupa bikin! Ye lah... siapa yang sanggup buang novel yang dibeli sendiri? Dahlah mahal... Kalau ada sesiapa yang sanggup buang novel, baik bagi aku! Aku akan jaga dengan sepenuh kasih sayang!

Apa aku melalut ni? Nak cerita pasal Bebunga Kasih, pergi cerita pasal novel lain buat apa? Ish.... okeylah, sebelum aku terus merapu, baik aku stop menaip. Jari pun dah lenguh ni. Dadadaaa!!!!

(p/s : benci dan cinta cuma dipisahkan oleh tirai yang amat tipis hingga kedua-duanya boleh saling mengintai)

Friday, January 1, 2010

Jiwa Merindu...


Jiwa Merindu... baca tajuk je dah meremang bulu roma. Apatah lagi bila dah baca. Hehe... tak adalah sampai macam tu. Aku belum habiskan lagi novel ni. Lagi sikit nak habis. Ye la.... aku tak boleh nak mengadap je novel ni. Nanti tak pasal-pasal kena 'sound'. Masa pinjam hari tu pun mak aku dah hampir nak marah.

mak : nok pereksa le-le pung pinjang novel lagi???

Faham tak? Maksudnya,

mak : peperiksaan nak dekat dah pun masih pinjam novel lagi???

Aku hanya mampu tersenyum., nak buat macam mana lagi? Kan aku dah kata, aku dan novel memang tak boleh dipisahkan! Tak taulah macam mana sepanjang tahun ni aku nak hidup tanpa novel. Sedihnya......


Okey, berbalik pasal novel Jiwa Merindu karya Erin Zehana ni. Terus terang aku cakap, kalau aku nak beli novel, aku takkan beli novel karya penulis yang aku tak pernah baca. So, novel ni memang bukan aku beli. Just pinjam dengan kawan. Itupun, dia yang rekemenkan. Komen aku, untuk penulis baru macam Erin Zehana ni, cerita macam dah okey. Kiranya, dah lulus examlah. Ayat-ayat yang Erin Zehana olah, memang power! Biasanya, susah nak jumpa penulis yang karya pertamanya guna ayat yang boleh dikatakan power! Kebanyakannya, guna ayat yang biasa-biasa je. Tapi bila dah masuk novel kedua, barulah 'berkembang'.

Cewah.... cakap macamlah aku pandai sangat! Ye la... aku ngaku, aku memang tak pandai nak olah ayat jadi berbunga-bunga. Aku tak reti nak olah cerita jadi menarik. Tapi, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan? Aku nak belajar dan aku harap, semua orang sudi menerima karya aku seadanya. Tanpa ada sebarang ketidakpuasan hati. Sedih pula tetiba ni.... nape?

Okey, kita balik semula ke novel Jiwa Merindu ni. Jalan cerita dia, not bad. Tapi, ada satu perkara yang buatkan aku tak puas hati. Heroin dia, banyak sangat masalahlah! Kadang-kadang, aku terfikir juga, ada ke orang macam Natasha dalam dunia ni... yang sanggup pikul semua masalah sendirian. Macam tak logik pun ada gak. Tapi, dah namanya novel, semua tu khayalan semata-mata. Maaflah kepada Kak Erin kalau terbaca entri aku ni. Tak ada niat nak mengutuk. Just untuk pengisian blog aku....

Okeylah... sampai sini je coretan mengarut aku ni. 2010 pun dah masuk. Besok, dah nak start sekolah. So, bermulalah lagi kehidupan harianku di sekolah. Ohh.... bosannya!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...