++ Suntikan Semangat! ++

Monday, December 7, 2009

Tuhan lebih tahu...


inilah novel terakhir yang aku beli untuk tahun 2009. memang susah aku nak dapatkan novel ni. cari punya cari di kedai kat terengganu ni, tapi tak jumpa-jumpa! aku pun ingat nak beli online tapi aku rasa mak aku mesti tak bagi punya. bodek punya bodek, akhirnya mak bagi juga aku beli. tapi, ada syaratnya. ini novel terakhir sehingga tamat SPM 2010. huish...memang menakutkan syarat tu! bayangkan, aku kena hidup setahun tanpa novel? memang gilala jawabnya! (over la pulak...)
tapi dah aku nak sangat novel ni, terpaksa lah setuju. nak beli pula satu hal, banyak betul proses. mula, aku tanya mak bila dia nak ke bank. dia cakap minggu depan. minggu depan aku tanya lagi, dia cakap, belum ada urusan nak pergi bank. lepas tu, mak minta tolong mak teh (mak sedara aku) tolong masukkan duit. aku pun setuju je lah. beberapa hari lepas tu, aku tanya mak aku duit dah masuk ke belum. dia cakap, belum sbb mak teh belum pergi bank. argh.... masa tu aku rasa nak menjerit je......
esoknya pula, mak cakap mak teh bagi duit tu pada kawan dia yang kerja dekat bank. hmm.... dah berapa orang pegang duit tu ya? risau juga kalau duit tu hilang. beberapa hari lepas tu, mak teh datang rumah aku dengan bawa resit. fuh... masa tu aku rasa lega sangat!
tiga hari lepas tu, novel ni sampai. akhirnya, dapat juga aku pegang novel ni....
dan yang paling buat aku happy....


hah...terharunya rasa! kebetulan pula masa tu dah abis exam kat skolah. jadi aku pun bawak novel ni pergi sekolah. ramai yang jealous. ada jiga yang kata 'bestnya....'.
hehe... bolehlah berbangga sekejap....
untuk cerita ni, aku bagi 3 bintang setengah daripada 5 bintang. aku suka cara nora ismail (rose harissa) cipta sesuatu karakter tu. nampak hidup. aku suka dengan watak Rina Azia. terus terang aku cakap, aku tak suka watak heroin yang terlalu baik, lemah-lembut, ayu , degil dan  terlalu pemaaf. dan aku rasa Rina Azia ni jauh dari ciri-ciri yang aku tak suka tu. sebab tu aku suka dia. watak hero pula, aku suka si Azfarel ni sebab dia lelaki yang sangat baik. sanggup terima Rina walaupun Rina dah tak suci. dan aku amat-amat tak suka dengan hero nombor 2 iaitu Hazry. dia ni kan, memang buat aku rasa geram sangat! tahniah pada nora ismail sebab berjaya menimbulkan kegeraman dalam diri aku ni.
keseluruhannya, aku memang puas hati dengan cerita ni. ending dia padat cuma.... ending untuk si Hazry ni aku kurang puas. kenapa tak buat dia pergi jauh je dari hidup Rina? tak pun, pindah pergi luar negara ke...
(jahatnya aku...) tapi, ni lah aku. kalau aku tak suka, tetap tak suka sampai akhir cerita. cerita ni, memang sesuai dengan tajuk dia... TUHAN LEBIH TAHU.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...